Penduduk bantah cadangan jadikan Pulau Coney pantai bogel

Pulau Coney

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Penduduk bandar ini menolak cadangan untuk menjadikan sebahagian pantai Pulau Coney di sini sebagai pantai bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Persatuan Rekreasi Bogel Amerika (AANR) sebelum ini mencadangkan supaya satu kawasan di pantai itu dijadikan tempat untuk para pengunjungnya berjemur sambil berbogel.

Menurut AANR, usul tersebut dikemukakan selepas satu kaji selidik mendapati majoriti pengunjung di kawasan pantai berkenaan, bersebelahan Brooklyn, mahu berbogel.

Namun, cadangan berkenaan ditolak oleh pihak berkuasa tempatan.

“Pernahkah anda melihat orang ramai bersiar-siar di pantai ini (Pulau Coney). Saya tidak fikir mereka akan nampak cantik jika berbogel. Tubuh tanpa seurat benang tidak cantik,” kata seorang pengunjung pantai berkenaan, Catherine Kalian.

Seorang penduduk tempatan lain, Robyn Thompson turut tidak bersetuju dengan cadangan tersebut yang dianggap menjolok mata.

“Terlalu ramai orang di pantai itu, juga terlalu ramai keluarga, saya tidak mahu melihat para pengunjung yang bersiar-siar sambil berbogel,” katanya.

Sebelum ini, pengunjung wanita di pantai berkenaan dibenarkan berjemur tanpa memakai coli. – Agensi

sumber: klik sini

6 Responses to “Penduduk bantah cadangan jadikan Pulau Coney pantai bogel”

  1. "Saya tidak fikir mereka akan nampak cantik jika berbogel. Tubuh tanpa seurat benang tidak cantik"setuju dgn statement org ni…masa berjalan sepanjang pantai sitges, barcelona, april lepas, ade sampai kat satu part kat pantai tu yg dijadikan nude beach…xde la best pun…yg bdn ala2 model tu sorg dua je…makcik2 bertayar spare n menggelebeh serta pakcik2 boroi berbulu lebat banyak la…sungguh tidak mengujakan…baik pakai baju…haha~

  2. huh!.naseb bek kat malaaysia x de tmpat mcm tu..kalo x bertambah la dosa …

  3. manusia semakin terhakis kepada kemanusiannya.Dan kebinatangan semakin menjajah diri

  4. bukan ke diaorang tu suka berbogel..hehehe

  5. xde beza pn pkai bju ke x diorang ni….😛

  6. masih de org barat yg waras,,, =p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: