Mohd Ashraf @ Aleesha Farhana meninggal dunia

Mohd Ashraf @ Aleesha Farhana
KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, (gambar) yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam.

Allahyarham dilaporkan mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya menukar nama ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Allahyarham yang sebelum ini membibitkan kontroversi selepas memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar namanya, menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Pada 18 Julai lalu, permohonan Mohd Ashraf untuk menukarkan nama dalam Mykadnya kepada nama wanita iaitu Aleesha ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Lelaki itu membuat permohonan berkenaan 25 Mei lalu dan menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita. – BERNAMA

6 Responses to “Mohd Ashraf @ Aleesha Farhana meninggal dunia”

  1. ALLAH LEBIH SAYANGKAN DIA🙂

  2. hidup mati di tangan Allah..

  3. semoga rohnya dicucuri rahmat..

  4. Tuhan tahu yg terbaik buat dia..Kita doakan semoga roh nya di cucuri rahmat.

  5. memang dah sampi waktu dia untuk bertemu dgn Pencipta nya . . .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: