Khairul Fahmi Che Mat Putus Tunang..[ bila dah hati tak suka]

Khairul Fahmi putus tunang
Khairul Fahmi

KUALA LUMPUR: Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.

Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.

Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.

Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.


“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”



INFO

NAMA: Khairul Fahmi Che Mat
ASAL: Kelantan
UMUR: 22 tahun
PENCAPAIAN: Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010 dan Anugerah Pemain Muda Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010

  • Memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak apabila menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Piala Presiden (bawah 21 tahun) sebagai penjaga gol pada 2006
  • Selama lima tahun menjadi penjaga gol pasukan Piala Presiden, Khairul Fahmi akhirnya menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Liga Super
  • Pada 2010, Khairul Fahmi dipilih Datuk K Rajagopal untuk mewakili pasukan negara yang menjuarai Piala AFF Suzuki
  • Ketika kariernya mendaki puncak, Khairul Fahmi membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis pilihan hatinya, Elia pada 17 Mei lalu.
  • Tidak lama selepas itu, percintaan mereka dilanda badai apabila pelbagai kontroversi panas dikaitkan dengan pasangan ini
  • Kelmarin (29 Julai 2011), Khairul Fahmi membuat keputusan memutuskan pertunangannya
  • p/s: anda begitu cemerlang di dalam padang…tangkas menahan kubu negara dari dicerobohi pasukan lawan..anda disanjung jutawaan peminat bola sepak dari sekecil-kecil hingga setua-tuanya… tetapi………

    22 Responses to “Khairul Fahmi Che Mat Putus Tunang..[ bila dah hati tak suka]”

    1. Masalah btl la si Apek nie… >.<siap ada scandal lg…

    2. fikir masak-masak katanya??? memang tak cukup matang lagi utk membuat keputusan…..

    3. sayang sangat hubungan dah bina lama putus pulak. rasa macam tak puas hati je.

    4. hurm…mcm2… ptot la blog jejari runcing pun senyap sunyi je skrg..x da entry baru dh…ciannya..x pe la..jodoh p'temuan d tgn tuhan…

    5. bile dh popular mcm2 jd nya

    6. hadoii..xfhm tul la mereka2 nie >.<

    7. jalan terbaik mngkin kahwen..hheh.

    8. klu dlm hati ade cinta pasti akan pertahankan… hmmm.. entahla… hanya Dia yg tahu…

    9. mungkin bkn jodoh apek dgn "si dia"…kita hanya merancang …hanya Allah yg menentukn….sabarlah menghadapi pelbagai dugaan…(^_^)

    10. kalau bnd mcm ni berlaku mesti org nak salhkan apek kan??kita xtau perkara sbnr yg berlaku jadi jganlah mudah sgt nk buat judgemnt. biar mereka selesaikan mslh mereka sdr, kalau dh Tuhan kate takde jodoh sapa kite nk memprtikaikan.

    11. orang popular, biasalah kalau gosip ni.

    12. kecian kt ex tunag die…

    13. SR lama tak cerita pasal gadis misteri tu.. apa cerita dengan dia ya?🙂

    14. Nama pn bertunang. Perlu byk bersbr dlm menghadapi badai dan gelora di alam pertunangan. Just we dont know what actually happened. Just praying for the best

    15. hoho…dia lagi taw ape yg jadi dari kite..kite ni bkn taw sgt pun..just membace n mendengar..s0 ape pun keputusan dia aku rase dia dah pk masak2….kite yg xtaw pape ni jgnla nak memanaskn or ckp bukn2 ttg bnde yg kite xtaw…xbaik tu..huhu..🙂

    16. erm…kita pun tak tahu hal sebenar,x elok menudingkan…=)

    17. hohohoho…. kesiannya dh putus. nak share entry ni, boleh?

    18. manusia buat silap, myb ada yg lebih baik akan berlaku

    19. hmmm, dh xde jodoh kn…

    20. hmm..bila da ader di puncak, mula laa lupekan yg setia di sisi..lumrah manusia.. tapi kena igt, pasangan yg kita pilih mempengaruhi rezeki kita pada masa dpn.. jadi,berhati-hati pilih psgn @ tuka psgn.. motiff sgt..

    21. Nabi SAW pernah bersabda, "rahsiakanlah pertunangan, hebahkanlah perkahwinan"…inilah antara hikmahnya…kan dah aib satu negara tau…apa2pun kita bukan ditempat mereka; kita tak tahu masalah sbnarnya…mungkin setakat ni je jodoh diorang…

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: