Isteri polis terbunuh nahas

IPOH – Isteri seorang anggota polis Pasukan Gerak Am (PGA) adalah antara dua yang maut dalam dua kemalangan di Tapah semalam dan hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, Normala Abdullah, 39, terbunuh apabila dirempuh sebuah kereta yang terbabas ketika menunggu bas dalam kejadian di Kilometer 64 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku kira-kira 6.45 petang semalam apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun gagal dikawal dan merempuh Normala yang berdiri di tepi jalan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, suami Normala adalah anggota PGA yang bertugas di Bidor.

Dalam satu lagi kemalangan, seorang pemandu lori maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar penghadang jambatan di kilometer 73 jalan yang sama, sebelum terbalik.

Kejadian berlaku kira-kira 11.15 pagi tadi ketika Anuar Abdul Aziz, 43, yang memandu bersendirian dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bidor.

Anuar maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas tesepit di bawah lori, katanya. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: