Rumah hangus sebelum buka puasa [ Dugaan Allah ]

 

 

KOTA BHARU – Ketika umat Islam lain sedang menghitung waktu untuk menikmati juadah berbuka puasa pada hari pertama Ramadan, satu keluarga di Kampung Chicha di sini berduka selepas rumah mereka terbakar petang semalam.

Lebih menyedihkan dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, keluarga tersebut tinggal sehelai sepinggang apabila api marak dengan cepat menyebabkan mereka gagal menyelamatkan barangan yang ada di dalam rumah tersebut.

Mangsa, Siti Azlina Muhamed, 29, memberitahu sebelum kejadian dia sempat memasak lauk untuk dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa bersama keluarga.

“Hari ini saya masak dua jenis lauk iaitu ayam pedas dan singgang daging dan selepas siap menyediakan lauk itu, saya bersiap untuk ke tempat kerja.

“Saya keluar rumah kira-kira pukul 3 petang. Sejam kemudian suami saya Mohd. Nazir Abdullah, 34, datang ke tempat kerja dan membawa saya pulang tanpa sempat saya bertanya apa-apa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tambahnya, sebaik sahaja sampai di rumah, dia terkejut apabila melihat rumah pusaka peninggalan orang tuanya yang didiaminya itu hangus terbakar.

Selain dia, rumah tersebut turut dihuni 13 ahli keluarga termasuk anak-anak serta adik beradiknya. Semasa kejadian, semua berada di rumah kecuali Siti Azlina dan seorang adiknya.

“Mereka hanya sempat menyelamatkan diri dan tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang yang ada di dalam rumah kerana api marak dengan cepat.

“Begitupun, saya bersyukur kerana tiada anggota keluarga kami yang cedera dan kami terima ini sebagai dugaan di bulan penuh berkat ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Kanan Bomba II Yazulia Yahya ketika dihubungi berkata, api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit dan punca kejadian serta kerugian masih disiasat,” katanya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: