Atlet menembak kahwin lari


MELAKA – Seorang bapa merayu anaknya, seorang atlet menembak pelapis kebangsaan yang menghilangkan diri setelah kahwin lari tahun lalu supaya kembali ke pangkuan keluarga.

Azlan Maidin, 53, juga merayu anaknya, Nabila Ashazra, 20, (gambar) supaya meneruskan kembali latihan menembak di Majlis Sukan Negara di Kuala Lumpur demi masa depan.

Nabila adalah pemenang pingat emas acara Air Pistol di Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Bangkok tahun lalu.

Dia bagaimanapun menghilangkan diri setelah dipercayai berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun di Wilayah Pattani, Thailand pada 12 November tahun lalu.

Lebih menyedihkan keluarga atlet tersebut ialah lelaki berkenaan yang sudah mempunyai empat anak mengambil Nabila sebagai isteri ketiga.

Azlan menjelaskan, dia mula menyedari kehilangan Nabila setelah mendapat panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa sebagai isteri pertama lelaki tersebut pada 25 Julai lalu.

Menurutnya, dalam perbualan singkat itu, wanita tersebut mendakwa anak perempuannya itu kini berada di Kampung Kor, Lorong Kubur, Kota Bharu, Kelantan.

“Saya sangat risau kerana dia dikatakan berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun dan sudah pun mempunyai dua isteri serta empat anak,” katanya kepada pemberita di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, Ayer Keroh di sini semalam.

7 Responses to “Atlet menembak kahwin lari”

  1. Kalau betul pun jodohnya kenapalah nak melarikan diri dari mak-ayah. Sedihnya….

  2. salam.. Kakzakie,tulah..pelik juga..

  3. takut dia kawen terpaksa… mcm kwn sy… dia kene mandrem… lps anak dh 2…. mb mandrem dh x berkesan, dia call mak dia. dia ckp "mak, kenapa saya dh kawen???"

  4. banyak persoalan untuk cerita nie…ermmmmm

  5. Adylia Qarissa,memng banyak persaolan…

  6. Mdm Biar Betul,kesian kat dia..

  7. kesianlah pada mak ayah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: