Kerana ditegur ketiak berbau oleh kekasih,lelaki nekad curi parfume di Giant


Gara-gara ditegur kekasih kerana ketiaknya berbau, seorang lelaki nekad mencuri perfume. Itulah yang dilakukan Kurniawan,49, dari Surabaya.

Kurniawan mencuri di Giant Mulyosari. “Cara yang dilakukan tertuduh ini dengan berpura-pura sebagai pembeli,” ujar Ketua polis Mulyorejo, AKP Puguh Wasis.

Lelaki yang menganggur ini mengambil 2 perfume jenama Axe dan perfume tersebut disembunyikan di poket seluarnya.

Ketika keluar dari Giant, alarm berbunyi. Kurniawan lalu ditahan oleh pengawal dan ketika diperiksa pengawal menemukan perfume itu. Kerana terbukti mencuri, pengawal membawa Kurniawan ke Polsek Mulyorejo.

Kurniawan mengaku baru kali ini mencuri. “Baru kali ini dia mencuri. Alasannya kerana kekasihnya setiap hari mengatakan ketiaknya bau,” ujar Kanit Reskrim Polsek Mulyorejo, Aiptu Suparmin.

Kurniawan mengaku tak ingin mengecewakan kekasihnya. “Dia ingin sekali menikah. Jadi apapun permintaan kekasih dia turuti termasuk ketika harus memakai parfume supaya ketiaknya wangi. Tapi caranya yang salah,” kata Kanit.(poskota)


sumber: :klik sini

15 Responses to “Kerana ditegur ketiak berbau oleh kekasih,lelaki nekad curi parfume di Giant”

  1. SR… lihatlah hanya kerana ketiak busuk dah jadi pencuri. Hahaha… kakak ketawa sendiri baca N3 inip/s: sebenarnya selalu kakak baca N3 SR tapi sesekali je komen sebab banyak sangat…:)

  2. Lucu jugak ni hihihihi. Tapikan kecian die … tak tau samaada die memang tak der duit atau die suke2 jer mencuri … Banyak lagi cara nak hilangkan bau ketiak … ui ui ui. Nice entri SR🙂

  3. omg, how could he do that. at least no need to be a thief kan.gara2 ketiak busk and kekasih, see what happen to his future? adoiii -,-

  4. hajat tinggi nak menikah.. tp nak beli perfume pun takkan tak mampu mcm mana nak bela bini camni.. aduhai. Tak mampu pakai dedoran axe.. rexona kan murah. Tahan jugak 1 hari..

  5. halamek, beli tak boleh ka??? humm,,,

  6. SALAM,KALAU LELAKI TEGUR KEKASIHNYA, APA PULAK AKAN JADI?

  7. ketiak berbau alasan mencuri..hehe macam macam la…

  8. Sanggup tu mencuri utk menggembirakan hati kekasih. Parah bila org bercinta ni hehehe

  9. baik2 ketiak je bucuk, hati pun jadi busuk nk mencuri….sapa yg rugi…**yg si kekasih tu plak cubalah hadiahkan perfume kat dia…hihih sabo je ..mcm2

  10. ahha kasihan sungguh.. hanya kerana kekasih ekk.. hehe

  11. xleh blah…ketiakk ouhh ketiak..tidak ku sangka ko menyebabkn "aku" jdik pencurik..wakakaa..peace..salam SR..

  12. Ada juga yang pendek akal sampai mcm tu….hihihihi

  13. takde duait sangat kewlagi satu,,igt giant mcm kedai runcit mpak meon ke

  14. tak profesional betul la dia ni . hahaha😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: