Gadis ‘hamil’ setiap kali selepas makan

[kiri]KERRI DOWDSWELL semasa dalam keadaan normal.[kanan] PERUT Kerri Dowdswell membesar selepas dia makan.

CANNOCK, Britain – Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.

“Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini,” katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire.

Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.

Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.

Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama.

Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.

Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.

Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia membesar. – Agensi

17 Responses to “Gadis ‘hamil’ setiap kali selepas makan”

  1. Kesainnya dia. Doktor patutnya kena scan sebaik dia habis makan mana makanan itu pergi. Usus dia dekat dgn kulit perut kot. Hehehe…..

  2. besarnye perot dia. xleh pakai jeans ni hehe

  3. mcm2 perkara pelik kat dunia nie..

  4. ade juga penyakit mcm ni ye..seram pulak

  5. mcm mane lah… jadi if klu dia hamil dan makan????

  6. Uish!!!..macam2 ja. Tak dapat bayang kalo dia betul2 tgh mengandung… Iskh!..mesti double besonya kan…

  7. errrr…penyakit ke tuh..

  8. CintaZulaikha,entahlah apa jenis penyakitnya..pelik betul..

  9. ibh,heheh..kalau mengandung pasti 2 jkali ganda besarnya..

  10. Mdm Biar Betul,bertambah lah besarnya..

  11. AnneRaini,penyakit yg sangat pelik..jarang2 berlaku..

  12. Anis Adila Aris,sungguh pelik..

  13. cik sakdi,perut cepat membesar menyusahkan…

  14. Kakzakie,tu la tu kak…hehe…dr pun pening nak cari apa masalahnya ni..

  15. tak pulak bgtau byk mana dia makan ekk??

  16. THE LEKAT LEKIT STORY,ya pulak dimaklumkan..hehe

  17. ciptaan Allah untuk sesuatu itu adlh ntk manusia bljr dan cari cara penyelesaiannya.😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: