Pelakon komedi BRITISH Rowan Atkinson (Mr Bean) Hampir Terbunuh Dalam Kemalangan Jalan Raya

Kereta Rowan Atkinson kemalangan.
Atkinson di dalam McLaren

Pelakon komedi BRITISH Rowan Atkinson dimasukkan ke hospital hari ini selepas terselamat dari kemalangan yang menakjubkan selepas kereta sport McLaren F1 mengalami kemalangan di sebuah jalan raya di timur England.

Pelakon berusia 56 tahun itu telah kehilangan kawalan ke atas keretanya dan sekaligus kerugain £ 650,000 kenderaan (USD 1.05 juta), ketika memandu pada kelajuan 368 km/h, sebelum melanggar sebuah pokok dan kemudian seatang tiang lampu menurut laporan Daily Mirror.

Kereta itu kemudian terbakar, dengan Atkinson berusaha untuk mengeluarkan dirinya daripada keretanya itu.

Panggilan kecemasan telah dibuat ke tempat kejadian yang berhampiran kampung Haddon, Cambridgeshire pada jam 7:30 pagi.

Anggota bomba berjaya memadamkan api dan Atkinson telah dibawa ke Hospital Daerah Peterborough kerana mengalami kecederaan bahu.

Seorang saksi berkata: “Rowan sangat bernasib baik kerana masih hidup jika dilihat keadaan kereta.”

Tiada kereta lain dilaporkan terlibat dalam kemalangan tersebut.

4 Responses to “Pelakon komedi BRITISH Rowan Atkinson (Mr Bean) Hampir Terbunuh Dalam Kemalangan Jalan Raya”

  1. bile belum waktunya ajal, mcm mana teruk pon kemalangan yg jadi, org tu tetap takkan mati.. mcm dlm satu video yg sy pnah tengok sebelum ni, org tu dah kena langgar n hilang separuh badan die, tp tetap hidup dan boleh bercakap-cakap dgn org awam yg ada di tmpt kejadian.. Allahuakbar.

  2. singgah malam..sahabat

  3. fuh. kalau dah Allah kate blm ajal die. maka hiduplah dia lagi

  4. ish, tetibe mr bean nampak hensome. haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: