Inilah Model Yang Berumur 10 Bikin Kejutan Di Perancis

WAJAH Thylane Lena-Rose Blondeau dalam majalah Vogue Enfants.

NEW YORK – Gaya seorang model kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun yang dipaparkan dalam majalah Vogue Enfants telah mencetuskan kejutan dalam industri peragaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Gaya kanak-kanak itu, Thylane Lena-Rose Blondeau yang semakin menjadi sebutan dalam arena fesyen telah menimbulkan kontroversi kerana dia memaparkan gaya tarikan seksual seperti individu berusia dua kali ganda umurnya.

Thylane telah muncul dalam pelbagai kempen dan imejnya tersebar luas di Internet.

Kejelitaan wajah kanak-kanak dari Perancis itu pernah menghiasi muka depan majalah Vogue Enfants dalam edisi khas.

Dilahirkan di Ivory Coast, Thylane merupakan anak pasangan pemain bola sepak pasukan Perancis, Patrick Blondeau dan pelakon Véronika Loubry.

Seorang perunding psikologi, Dr. Emma Gray menyatakan bahawa gambar itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan didedahkan dalam dunia orang dewasa.

Menurutnya, sebelum kanak-kanak didedahkan dengan dunia seperti itu, orang dewasa perlu mencipta suasana yang memberikan golongan tersebut masa dan ruang selain memupuk perkembangan fizikal serta psikologi. – Agensi

9 Responses to “Inilah Model Yang Berumur 10 Bikin Kejutan Di Perancis”

  1. orang eropah ni macam2..kecik2 pun da jdik cmtu…pkongsian y bags=))

  2. aah la,.bdk lg,.hehe,.

  3. wow..dasyat gak budak ni..

  4. kecik kecik dah jd model.

  5. perghhebtnye la haih

  6. terlebih ke depan btoldasat

  7. masyuuukk.kecik2 dah kaye

  8. kecik sangat haa budak ni..ish3..

  9. hehe. tk tahu nk ckp ape. dunia semasa melangkau usia budak ni. hehe. kesian lah kau adiq🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: