"Ku sangka 3, rupanya 8"

BUKTI…mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat dan gambar suaminya.

KUALA LUMPUR: “Saya terpedaya dengan pujuk rayunya dan tidak menduga dia sudah berkahwin dengan tujuh wanita yang semuanya ditinggalkan begitu saja selepas tembelangnya pecah.

“Dia (suami) memperdaya saya kononnya bakal mewarisi harta pusaka sebanyak RM1.4 juta hasil tinggalan ibu bapanya semata-mata mengaburi saya supaya mengahwininya,” kata pemilik kedai dobi, Latifah, (bukan nama sebenar) isteri kelapan suami barunya berusia 42 tahun yang mengaku golongan atasan bagi memperdaya wanita untuk berkahwin dengannya sebelum mengikis harta mereka.

Sebelum berkahwin pada 31 Ogos tahun lalu di Thailand tanpa pengetahuan keluarga, lelaki itu mendakwa sebagai pengusaha kolam ikan keli di Teluk Kumbar, Pulau Pinang, bagi mengukuhkan pembohongannya.

“Selepas rahsianya terbongkar dia bukan orang kaya, dia mendakwa pula bekerja sebagai pegawai polis dan pegawai imigresen yang digantung kerja. Namun, itu semua dusta belaka yang digunakan suami untuk mendapatkan wang saya sebelum dia menghilangkan diri,” katanya.

Latifah berkata, sebelum berkahwin suaminya mendakwa duda beranak dua, namun hakikatnya, selepas diselidik dia sudah berkahwin dengan tujuh wanita dan kebanyakannya ditinggalkan begitu saja selepas tembelangnya diketahui isteri-isterinya.

sumber: harian metro 6hb Ogos 2011

7 Responses to “"Ku sangka 3, rupanya 8"”

  1. terkelabu dengan wang ringgit sehingga tertipu..mintak dijauhkan daripada manusia macam nie…

  2. RaNiA,kelabu dengan wang ringgit..moga2 dijauhkan semua yg tak baik…

  3. ni knl bpe ari tros kawen ni..huhu…duet punye psl,smoge dijauhkn

  4. ya Allh…8 dah dia kwin…mudahnya wanita trtipu..

  5. tragisnye,..kne tipu idup2,rupenyer dh kwen 8

  6. laki macam ni pun ade?bo;leh akwen 4 je la..tak reti kire ke?adoii..jangan tertipu dengan wang ringgit la..

  7. tk tahu nk komen cmne. takot t'kne btg idong sndiri kan. mne la kite tahu future kita cmne. so satu je leh ckp. itupon ntk diri cx sndri n tk tuju pd sesiapa > duniawi tidak menjaminkan apa-apa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: