Laluan mudah buat juara bertahan Kelantan Pertahankan Piala Malaysia


 

 

JUARA bertahan, Kelantan dilihat mendapat laluan mudah pada saingan Piala Malaysia 2011.

Gergasi Pantai Timur itu diundi dalam Kumpulan C bersama Johor FC, Felda United dan Sara- wak pada majlis undian Piala Malaysia 2011 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam. Hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Begitupun, halangan sukar bakal menanti mereka pada peringkat suku apabila mereka berkemungkinan bertemu naib juara musim lalu, Negeri Sembilan atau juara Piala FA musim ini, Terengganu.

Terengganu, Negeri Sembilan, PK- NS dan Sime Darby diundi dalam Kumpulan B yang merupakan satu-satu kumpulan yang menampilkan dua pasukan dari Liga Premier.

“Memang kemungkinan aksi suku akhir yang bakal kami hadapi nanti agak sukar. Ia umpama misi hidup atau mati jika berdepan Terengganu mahupun Negeri Sembilan.

“Apa pun, semua pasukan mahu muncul juara tetapi kita juga akan cuba untuk mempertahankan kejuaraan musim lalu dan meneruskan momentum menjuarai Liga Super musim ini,” kata jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu ketika selepas majlis undian itu semalam.

Pada edisi tahun lalu, Kelantan muncul juara Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

Ditanya tentang saingan dalam Kumpulan C, Karathu tidak menganggap Kelantan memiliki jalan mudah untuk bergelar juara kumpulan kerana pasukan-pasukan lain juga dilihat mempunyai kekua- tan terendiri, terutamanya Johor FC yang beliau anggap sebagai penghalang utama.

“Johor FC tetap pasukan yang kuat berdasarkan pengalaman ketika Kelantan bertemu mereka pada saingan Liga Super dan Piala FA musim ini.

“Jadi, saya menjangkakan saingan yang agak sengit juga pada aksi Kumpulan C ini dengan dua lagi pasukan iaitu Felda United dan Sarawak tidak boleh dipandang rendah,” jelas Karathu.

Sementara itu, juara 32 kali, Selangor turut diundi dalam kumpulan yang agak mudah iaitu bersama-sama T-Team, Kuala Lumpur dan PDRM.

Bagi jurulatih Selangor, K. Devan, ia merupakan satu peluang terbaik buat pasukannya menebus kekalahan kepada T-Team pada saingan Liga Super musim ini.

“Setelah tewas dua kali kepada T-Team dalam aksi liga tempoh hari, saya harap kami tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada aksi Piala Malaysia ini.

“Kami akan buktikan Selangor masih sebuah pasukan yang unggul dan kuat. Para pemain pun begitu bersemangat untuk menghadapi Piala Malaysia selepas kecewa pada Liga Super,” kata Devan pada majlis tersebut.

Devan turut berharap badi tewas di suku akhir pada dua edisi berturut-turut sebelum ini berakhir apabila mereka tidak diundi pada suku akhir maut pada saingan kali ini.

“Memang laluan untuk layak ke suku akhir tidak begitu sukar tetapi kita biasanya kandas di suku akhir. Diharapkan kali ini kami lebih bernasib baik, melepasi suku akhir dan seterusnya berusaha mara ke final,” jelas Devan.

 

**gomo kelate gomo..

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: