Yingluck sah PM Thailand

 

 

BANGKOK – Anggota parti Puea Thai, Yingluck Shinawatra mencipta sejarah apabila beliau dipilih semalam oleh ahli-ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri wanita Thailand yang pertama selepas kemenangannya dalam pilihan raya lalu.

Yingluck yang merupakan adik perempuan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra dipilih untuk menerajui Thailand cuma beberapa tahun selepas beliau berkecimpung dalam arena politik.

Wanita itu memperoleh sokongan majoriti 296 anggota daripada 500 anggota Dewan Rendah.

“Yingluck mendapat lebih daripada majoriti mudah Dewan ini, justeru beliau dipilih sebagai Perdana Menteri,” kata Speaker Dewan Rendah, Somsak Kiatsuranont.

Parti Puea Thai yang dianggotai Yingluck menguasai 3/5 kerusi Parlimen selepas beliau memenangi pilihan raya umum pada 3 Julai lalu dengan menewaskan Parti Demokrat.

Yingluck yang merupakan Perdana Menteri Thailand ke-28 dijangka menerima perkenan Raja Bhumibol Adulyadej dalam masa beberapa hari lagi untuk mengesahkan pelantikannya.

Sebagai Perdana Menteri yang baharu, beliau berdepan cabaran getir untuk membawa kestabilan kepada Thailand yang telah lima tahun dilanda kekacauan politik sejak abangnya, Thaksin digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 2006.

Thaksin digulingkan selepas terdapat dakwaan beliau melakukan salah guna kuasa dan rasuah.

Terdapat 18 rampasan kuasa dan cubaan rampasan kuasa tentera di Thailand sejak negara ini mengamalkan pemerintahan raja berperlembagaan pada 1932.

Sepanjang tempoh itu, hanya seorang Perdana Menteri yang berjaya menamatkan penggal perkhidmatan selama empat tahun iaitu Thaksin. – Agensi

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: