Wanita Melayu Hidup Dengan Bantuan Gereja [ di manakah pihak yang berwajib..? tak kan tak ada yang langsung yang nak menolong?? ]


BANTU… Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.

SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.

“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.

“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya.

Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.

“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.

“Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.

“Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya.

p/s: sangat memalukan…lebih2 lagi berlaku di Seremban.. tempat aku bertugas ni..

sumber: harian metro 7hb Ogos 2011

21 Responses to “Wanita Melayu Hidup Dengan Bantuan Gereja [ di manakah pihak yang berwajib..? tak kan tak ada yang langsung yang nak menolong?? ]”

  1. salah satu cara untuk orang kristian berdakwah…kalau yang lemah iman dan berpaling tadah…habislah! semoga dijauhkan

  2. uish orng smban.. xkn la krajaan x support.. ish~

  3. uiks. takkan langsung tkde yg membantu? Dato' da byk kot kat Malaysia ni.. ish. psni mesti ramai gile nk hulur bntuan. yelah kan. da masok paper. grrr~

  4. …btl ke terdesak smpai cm tu skali…

  5. mane dato'2? wang zakat? mana pergi semuanya??

  6. taktik mereka untuk sebarkan agama..bijak2..ish3..takde orang buat tindakan ke?

  7. ape punya manusia… dah tau la tak mampu buatpe hantar anak g tuesyen bagai… then jumpa org gereja dgn mudah terima bantuan, IMAN akak kat mana ye? sila salahkan diri sendiri…SEGMEN PERTAMA EDDY SYROL

  8. dia ni ibu tunggal eh?kan ada persatuan ibu tunggal?banyak pulak kat seremban..hurmm takkan takde insiatif?semoga kita semua ambil iktibar..rezeki Allahberi banyak tak terkira..cuma kita sbg hamba rajin2lah usaha..=)

  9. ni cara kristian berdakwah.. mintak2lah iman dia kuat semoga tak terpesong..

  10. sangat tak boleh diterima alasan dia…bagi saya, dia pemalas!

  11. simanis,betul..kalau orang ada maruah tak akan terima

  12. liya alia,betul..betul..cara halus memikat,,

  13. elle mokhtar,sangat memalukan….

  14. eddy syrol,memang betul..memang tak patut…

  15. Azie Azman,taktik halus puak2 tuuu…

  16. Abu Huzaifah,saya tak dpt membalas soalan awak tuu

  17. ziraziz,tak faham…

  18. cx's,alasan saja…kadang2 masalah sikap je ..x nak berusaha..

  19. Saiazuan,tak tahulah yg tuuuuu

  20. Cheq Sueorg yg lemah iman akan pasti tergugat…

  21. mcm xlogik je. pejabat agama mesti tolong., tah iye tah x tu g mohon..lg 1, seumur idup kite, xgi tuisyen pon. dia xreti fikir ke mane keperluan ngan mane yang xperlu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: