KDN bertindak terhadap The Star ekoran resipi khinzir dalam sisipan Ramadan

KERATAN akhbar The Star kelmarin.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, dalam sisipan kelmarin, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk Ramadan Delights yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

Katanya, KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

“Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk Ramadan Delightsitu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

sumber:

kosmo online 12hb Ogos 2011

8 Responses to “KDN bertindak terhadap The Star ekoran resipi khinzir dalam sisipan Ramadan”

  1. melampau la letak bende tu..bacaan umum

  2. mcm tak de gambar lain nak letak

  3. tiada sensativiti… melampau…

  4. simanis,memang melampau…tak patut..

  5. Qaseh,betul…memang tak patut…KDN kena bertindak tegas..

  6. biarlah yg berkuasa menyelesaikannya secara baik.

  7. macam tu dia kate juadah ramadhan? perlu ke die mention bulan ramadhan dalam paper tu??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: