[ gambar ] Wanita Ini 100% dapat muka baru selepas muka lama dikoyak cimpanzi

SEMAKIN PULIH…wajah Carla sebelum (kiri) dan selepas diserang cimpanzi serta selepas menjalani pembedahan transplan (kanan).


BOSTON: Seorang wanita yang wajahnya dikoyak cimpanzi menjalani perubahan menakjubkan selepas menjalani pembedahan pemindahan wajah sepenuhnya.

Carla Nash, 57, hilang hidung, mata, bibir dan mulutnya dalam serangan menakutkan itu. Bagaimanapun, selepas pembedahan selama 20 jam, ibu kepada seorang anak itu boleh bertutur dan merasa semula.

Wajah barunya itu didedahkan di televisyen, semalam selepas pakar bedah memberinya wajah yang didermakan Mei lalu. Carla, yang sangat lemah untuk menghadiri rancangan TV berkata dalam satu kenyataan: “Saya kini boleh melakukan perkara yang dulu tidak saya hargai.

“Saya boleh menghidu semula. Saya boleh makan secara normal kembali.

“Saya tidak lagi cacat. Saya akan mempunyai bibir dan boleh bercakap dengan jelas semula.

“Saya boleh mencium dan memeluk orang yang saya sayangi. Saya benar-benar berterima kasih kepada penderma itu dan keluarganya.” Kejadian malang yang menimpa Carla berlaku ketika dia mengunjungi rakan baiknya, Sandra Herold yang memelihara cimpanzi. Ketika itu, haiwan berkenaan berang lalu melompat ke arah Carla dan mengoyakkan wajahnya dan hampir keseluruhan tangannya.

Haiwan yang dipanggil Travis itu akhirnya ditembak polis di Stamford, Connecticut, Amerika Syarikat.

Sepasukan 30 doktor dan jururawat di sebuah hospital di Boston untuk melakukan pembedahan itu. Carla menerima kulit, otot saluran darah, urat saraf, lelangit dan gigi daripada seorang penderma yang tidak dinamakan. Pembedahan dijalani Carla adalah pembedahan transplan wajah sepenuhnya yang ketiga di AS. Carla juga menjalani dua kali transplan tangan tetapi ia terpaksa dipotong selepas dia menghidap pneumonia. Dalam satu wawancara untuk rancangan TV AS Today, Carla berkata, makanan pertamanya selepas pembedahan adalah telur dan keju berkrim.

sumber: harian metro 13hb Ogos

6 Responses to “[ gambar ] Wanita Ini 100% dapat muka baru selepas muka lama dikoyak cimpanzi”

  1. Begitulah, apabila sesuatu yang kita miliki hilang dari kita, baru kita tahu betapa pentingnya benda/perkara itu.

  2. oo mcm tu. sian kan dia.. mmm pape pon dia redha. x macam org lain… kalau macam ni dah x mau hidup. xleh terima kenyataan. ps : tipu r cite lagenda budak setan tu.. dh bedah leh cun melecun..

  3. teruknye kene koyak…dah macam baju koyak rabak…ganas gak natang tu

  4. hanya dengan izin Allah…

  5. mesti sakit time kena koyak tu.. tak dapat dibayangkan

  6. Ya Allah. takut plak tgk. rse ngeri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: