Hajat sambut Aidilfitri tak sampai

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat Ismail yang maut dalam kemalangan di Jalan Datuk Md. Zin, Lebuh AMJ di Melaka semalam.

MELAKA – Hasrat seorang pemandu teksi untuk menyambut Aidilfitri bersama isteri tercinta dan empat anaknya awal bulan depan tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Datuk Md. Zain di Lebuh AMJ di sini semalam.

Lebih menyedihkan apabila semasa kejadian pada pukul 4 pagi itu, mangsa Ismail Zainol Abidin (gambar), 45, dari Taman Sri Kelemak, Alor Gajah mahu keluar mencari rezeki sebagai pemandu teksi selepas makan sahur menu nasi ayam bersama keluarga dan empat anaknya yang berusia lima hingga 13 tahun.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu seorang jururawat, Cynthia Lim Ching Gek, 24, yang memandu kereta Proton Saga BLM.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Asisten Supritendan V. Gunasegaran berkata, kemalangan itu berlaku ketika teksi dipandu Ismail yang dalam perjalanan dari arah Alor Gajah menuju ke pusat bandar bertembung dengan kereta Cynthia yang datang dari arah bertentangan.

“Kedua-dua buah kereta itu bertembung di persimpangan lampu isyarat ketika kereta dipandu Cynthia membelok menghala ke Batu Berendam namun terbabas masuk ke lorong bertentangan.

“Ketika itu teksi dipandu Ismail tidak sempat mengelak kereta dipandu Cynthia,” kata beliau.

Menurut beliau, akibat pertembungan itu kedua-dua pemandu kenderaan itu meninggal dunia di tempat kejadian.

sumber: kosmo 15hb Ogos 2011

5 Responses to “Hajat sambut Aidilfitri tak sampai”

  1. makin nak raya, makin macam ribut org bawa keta…takot btol..

  2. innalillah..kasihan si isteri dan anak-anak. arwah pun masih muda lagi. maut tak mengenal usia. tazkirah diri masing-masing di bulan mulia ni.

  3. ni lah berita yg kita tak nak dgr sebelum aidilfitri..

  4. innalillah…hurmm ketentuan ilahi…sedihnye family dia

  5. tahu xpe…mintak allah panjangkn usia org yg kite syg..amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: