Suami Mencuri Barang Isteri Bakal Dihukum Penjara

Ahmad Zuqhairi menggenggam penumbuknya ketika gambarnya dirakam di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam

KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur berdepan hukuman penjara sepuluh tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri barang milik isterinya pada bulan lalu.

Tertuduh, Ahmad Zughairi Mohd. Zuki, 25, dari Taman Indah, Al Muktafi Billah Shah dekat sini hanya menundukkan kepala dan mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Erman Che Mat.

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Zughairi didakwa mencuri pelbagai barangan di rumah isterinya Che Wan Munirah Che Wan Aziz, 24, di Kampung Bukit Tunggal di sini pada pukul 4 petang hingga pukul 8.30 pagi pada 24 Julai lalu.

Antara barangan yang dicuri tertuduh adalah sebuah televisyen 14 inci berjenama Homax, 20 buah beg galas wanita pelbagai jenis dan satu kotak berisi pakaian wanita.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan yang boleh membawa hukuman penjara sepuluh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan Ngiam Ooi Ming manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd. Erman membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 29 September ini untuk tarikh sebutan kes.

7 Responses to “Suami Mencuri Barang Isteri Bakal Dihukum Penjara”

  1. macam2 hal dunia skrg ni

  2. apa punya orang la ni..xde keje lain ke?

  3. ya allah…masalah aper lah suami isteri ni…sampai cam gini jadinyer…

  4. macam-macam lah skrg ni.

  5. err,nme isteri die,.hurrmm,.nauzubillah dpt laki cmni,.

  6. keluar penjara nanti ape jadi??? abis isteri dia…

  7. ini jadinya kalau kawin dgn org yg ntah apa2.. *maaf atas bahasa yg kasar*, tp ini realiti kehidupan.. walaupun cinta itu indah.. tp jgn sampai menyusahkan kita.. kita pun diajar untuk cari pasangan yang sekufu.. baka yang baik, akan wujud generasi yang baik.. maka, akan wujudlah umat,bangsa, masyarakat yang baik.. dan maaf sekali lagi.. byk yg menganggur, tuang kelas.. kurang ajar.. mat rempit, semua melayu.. apa nak jadi masa depan negara..?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: