Kanggaru curi seluar dalam wanita dari ampaian

BENJI yang merupakan seekor kanggaru ditangkap polis selepas ia mencuri beberapa helai seluar dalam wanita di Prague baru-baru ini.

PRAGUE, Republik Czech – Seekor kanggaru yang terlepas daripada jagaan seorang pemiliknya ditangkap kerana mencuri beberapa helai seluar dalam wanita di ampaian di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan jantan itu yang diberi nama Benji dan berusia dua tahun ditangkap polis selepas seorang wanita melihat ke arah tingkap dan mendapati ia mencuri seluar dalam miliknya yang disidai.

Sebelum ditangkap, polis mendapat panggilan daripada penduduk yang mengadu mengenai kehilangan seluar dalam di ampaian baru-baru ini.

Seorang jurucakap polis menjelaskan bahawa pihaknya juga menerima aduan daripada pemilik kanggaru itu bahawa haiwan tersebut telah melarikan diri.

Menurutnya, ketika itu, polis tidak berpendapat bahawa kedua-dua kes berkenaan mempunyai kaitan.

Pemilik haiwan itu, Petr Hlabovic, 35, berkata: “Saya berasa amat lega kerana mendapat semula haiwan itu.

“Pastinya, haiwan itu tidak mendapat tabiat tersebut daripada saya.” – Agensi

sumber:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0824&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

p/s..kanggaru nak buat apa seluar dalam wanita tu..?

8 Responses to “Kanggaru curi seluar dalam wanita dari ampaian”

  1. errr.. adakah kerna tuannye yg suruh? hahaha

  2. jahat tul kanggaro 2…hehehe

  3. nakal ye kamu benji

  4. haishh..gatai sungguh kanggaru tue…huhuhu..:p

  5. Binatang ada otak tapi tak ada akal. Dia pun tak tahu maksudnya… Kelakar pulak macam tak ada benda lain nak diambil…:)

  6. Kelakar pulak cerita ni…. hehe. Kanggaru pun pandai menggatal ek…

  7. kanggaru leh paham ke apa dia buat tu…

  8. lawak la. huhu. nakai sungguh benji ni. nasib baik haiwan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: