IBU Paksa Anak Pakai Tanda SAYA PENCURI


Seorang ibu di Australia telah menyuruh anaknya yang berusia 10 tahun berdiri di khalayak ramai dengan kertas yang tergantung di lehernya yang tertulis memberitahu dirinya seorang pencuri.

Tulisan pada kertas yang digantung itu ialah, “Do not trust me. I will steal from you as I am a thief.” (“Jangan mempercayai saya. Saya akan mencuri daripada anda kerana saya seorang pencuri.”)

Kanak-kanak itu juga disuruh memakai telinga Shrek dan menulis barisan perkataan berulang kali.

Wanita itu berkata anaknya telah mula mencuri sejak dia berumur tujuh tahun dan dia telah mencuba pelbagai kaedah untuk menghentikan anaknya daripada terus mencuri.

“Saya telah menghantarnya pergi ke kursus-kursus, kaunseling telah dilakukan, saya telah lakukan semua yang boleh,” katanya.

Apabila semua usaha itu terbukti hanya sia-sia, dia menyuruh anaknya berdiri dengan kertas tanda di sebuah taman selama sejam.

“Saya fikir dia mendapat pelajaran itu, saya fikir bahawa satu jam (di taman) sudah cukup untuk beliau. Saya tidak sekali-kali mahu melakukan perkara ini sekali lagi ”

Ibu kanak-kanak ini sendiri mempunyai sejarah jenayah dan mahu memastikan anaknya tidak mengikuti jejak langkah beliau.





Pada SR ternyata hukuman ini sangat melampau dan tak wajar dilakukan ..






7 Responses to “IBU Paksa Anak Pakai Tanda SAYA PENCURI”

  1. huhu kesian gak.Tapi manalah tahu cara ni berkesan =(

  2. kesian betul dgn budak tue… tak mengaibkan ke buat macam tu?

  3. ▪littleimie▪,memang rasa kesian..

  4. myra kepochi,memang sangat mengaibkan..dari segi emosi pasti terganggu anak tu

  5. takut jadi lagi teruk. entah anak tu berdendam pulak. patutnya maknya sendiri kaunselingkan budak tu dari hati ke hati dgn penuh kasih sayang agar kesedaran tu timbul dari hatinya sendiri. yelah.. mungkin susah juga nak merealisaikannya tapi cara ni mcm tak sesuai je.

  6. mgkn pengalamn lampaunya mmbuat si ibu brtidak bgitu..

  7. kdg2 kita terpaksa mendidik melampau batas agar anak2 tdk tersesat kejln yg hitam. nmun kesan negatifnya juga byk bila kita mendidik melampau lampau. ssh nk kata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: