Pelajar dakwa dinodai teman lelaki selepas beri pil khayal

KAJANG: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di daerah ini mendakwa dirogol rakan lelakinya, pelajar tingkatan tiga dari sekolah menengah lain di Cheras pada 16 Ogos lalu dan kejadian itu hanya dimaklumkan kepada guru di sekolahnya, kelmarin.

Menurut sumber, mangsa hanya memaklumkan kepada gurunya mengenai kejadian itu berikutan bimbang dimarahi ibunya.


“Mangsa memaklumkan kejadian berlaku 16 Ogos itu ketika dia mengikut rakan lelakinya yang berusia 15 tahun pulang ke rumah ketika ketiadaan kedua ibu bapanya.

“Rakan lelaki mangsa menyuruhnya menelan sebiji pil disyaki pil khayal dan mangsa hanya menurut sebelum berasa pening dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata, apabila tersedar, mangsa mendapati dirinya berada dalam keadaan tidak berpakaian manakala rakan lelakinya sudah tiada.


Mangsa pada mulanya cuba menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan orang lain, namun, akibat tekanan perasaan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada guru sekolahnya.

Guru terbabit kemudian memanggil ibu mangsa untuk memaklumkan perkara itu dan menasihatkan ibu mangsa melaporkan kepada polis.


Ibu mangsa yang terkejut membawa anaknya ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan dan berkata siasatan sedang dijalankan.

One Response to “Pelajar dakwa dinodai teman lelaki selepas beri pil khayal”

  1. kesiannya la dia…kena lebih hati2 sebenarnya…pergaulan tu mak ayah kena kawal…salam aidilfitri untuk awak juga…sangat misteri, saya tak tahu awak ni kakak ke, abang ke, atau adik…apapun, maaf zahir batin…hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: