Nabila Huda nekad cerai


TERASA seperti masih basah dalam ingatan Nabila Huda rancak bercerita tentang keluarga yang dibinanya atas nama cinta. Tiga tahun hidup berkelamin bersama Zaidi Zailani, 30, putik cinta mereka membenihkan puteri comel, Keisha Laila yang kini berusia setahun.

Ketika si anak sedang laju membutirkan panggilan papa dan mama, hubungan suami-isteri aktres berusia 27 tahun itu akhirnya menjengah jua ke Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), awal minggu lalu.

Rupa-rupanya Nabila selama ini menyembunyikan kisah hidupnya daripada diselak oleh sesiapa. Jika ada pun, ia sekadar cerita yang mampu dibawa oleh angin, seperti tidak menjejaskan langsung kerukunan antara Nabila dan Zaidi yang dikenalinya bertahun-tahun sebelum bergelar suami isteri pada Disember 2008.

Namun, Nabila yang juga puteri sulung rockers popular Amy Search itu sendiri sudah memberikan penjelasan bahawa kehadirannya ke Jawi adalah untuk membuat permohonan perceraian. Dia bagaimanapun tidak berjaya memfailkan tuntutan perceraian kerana tertinggal surat nikah.

Sepintas lalu, lucu juga apabila Nabila mengunjungi Jawi untuk tujuan memfailkan perceraian tetapi tidak membawa sijil pengesahan perkahwinan.

Atau mungkin, ada hikmahnya di sebalik perkara itu, mungkin Nabila memerlukan ruang untuk berfikir secara lebih matang, lebih masak untuk memutuskan sesuatu yang telah sebati dengan dirinya.

“Saya nekad dengan keputusan saya dan berharap segala-galanya berjalan dengan baik. Mereka (Jawi) minta saya datang semula, tetapi tidak pasti bila ada kelapangan,” memetik kata-kata Nabila ketika ditemui wartawan, Isnin lalu.

Nabila bagaimanapun menolak pergolakan dalam rumah tangganya berpunca daripada orang ketiga seperti dakwaan sesetengah pihak. Sebaliknya masalah mereka berdua semakin kompleks sejak sebelum disahkan hamil anak pertamanya, Keisha.

Dalam keadaan sekarang, Nabila juga mengakui sudah tidak gembira jika pulang ke rumah serta sudah tidak mampu hidup sebumbung walaupun mengakui suaminya seorang yang baik hati.

Kemelut perkahwinan Nabila yang baru hendak memasuki tahun ketiga pada 2 Disember nanti itu turut mengheret penjelasan daripada bapanya, Amy dan ibu tirinya, Norish.

Sebagai ibu bapa, tugas mereka sudahpun dilakukan sebaik mungkin.

Amy dan Norish enggan membuka banyak cerita. Apa yang termampu, mereka mengharapkan jika perceraian juga yang dipilih oleh Nabila, biarlah perkara itu diselesaikan dengan cara terbaik.

“Walau apapun yang berlaku antara Nabila dan Zaidi, itu adalah masalah dalaman mereka. Kami sudah memberikan nasihat terbaik dan mendoakan yang terbaik buat mereka,” ujar Norish tidak mahu mengulas lebih.

Untuk Nabila dan Zaidi, barangkali cahaya Aidilfitri yang sedang menanti hari bakal membawakan seribu pengharapan.

sumber:
kosmo 28hb Ogos 2011

9 Responses to “Nabila Huda nekad cerai”

  1. sedihnya tgk artis2 asyik bercerai…mcm dh jd trend plak….semoga jln yg d pilih adalah yg terbaik utk diorg ni…

  2. Semalam saya terbaca ayat ni:"Tidaklah begitu penting untuk kamu mengahwini perempuan yang kamu cintai. Apa yang lebih penting ialah mencintai perempuan yang kamu kahwini"

  3. sblm ni nampak bahgia je..xsngkakn.

  4. Ni kata orang terengganu 'dah tak berahi', maksudnya 'dah tak suka lagi'.Semoga mereka mendapat yang terbaik.

  5. cerita artis sememangnya begini klo di akhir jalan..haduhh..kasian pun ada..whatever happens, just pray for their best ya🙂

  6. ada hikmah semua ni..dia lupa bawa surat nikah..Allah nk bg ruang kat dia dulu..semoga tak laa bercerai yer

  7. minta minta tak jadiah.. moga panjang jodoh lagi

  8. salam….asyik je nak bercerai artis2 ni kenapa ek….biarlah rumahtangga tu kekal demi anak2 kn…:)

  9. betul betul setuju dengan ziraziz.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: