Archive for September, 2011

Jom Lihat Awan Yang Jatuh dari Langit..

Posted in Jom Lihat Awan Yang Jatuh dari Langit.. on September 30, 2011 by sekamarrindu2009

Inilah dia awan yang jatuh dari langit, iaitu awan putih kecil yang terbang rendah di atas dataran hijau seperti gumpalan besar kapas, lalu jatuh ke tanah, menggelinding, dan tersangkut di pagar. Kejadian ini berlangsung di kawasan subur Bida Faris, tepat di sebelah timur kota oasis Al-Ain.

Lelaki itu berkata:

“Aku tidak akan percaya ini (jika) saya tidak melihatnya dan menangkapnya. Saya yakin ini adalah sebuah keajaiban yang menggambarkan kuasa Tuhan. Kuasa Allah Tiada siapa dapat menandinginya

Petani marah Rihanna pakai bikini

Posted in Petani marah Rihanna pakai bikini on September 29, 2011 by sekamarrindu2009

RIHANNA menjalani penggambaran muzik video terbaharunya dekat Belfast Utara, Ireland Utara kelmarin. – AP

BELFAST – Ekoran memakai coli, seluar dalam berwarna merah dan mendedahkan payu dara, bintang pop Rihanna telah diusir dari ladang milik seorang petani di Ireland Utara.

Tindakan drastik itu dilakukan kerana petani itu marah melihat Rihanna memakai bikini semasa sesi penggambaran muzik videonya.

Rihanna, 23, sedang menjalani penggambaran muzik video single terbarunya, We Found Love di sebuah ladang milik petani tersebut di bandar Bangor, timur Belfast pada Isnin lalu.

Namun, petani itu, Alan Graham memutuskan penyanyi popular itu bertindak keterlaluan apabila dia melucutkan pakaiannya sekali gus mendedahkan bikini kecil berwarna merah yang dipakainya.

Akhbar-akhbar Ireland menyatakan Rihanna turut mendedahkan payu daranya buat seketika.

Melihat aksi menjolok mata berlaku di ladangnya, petani berusia 61 tahun itu yang sebelum ini membenarkan sesi penggambaran itu dilakukan, segera turun dari traktornya dan menyuruh bintang pop itu kembali memakai pakaiannya.

“Perbuatannya itu tidak sesuai. Dia tahu saya seorang penganut Kristian yang patuh,” kata Graham.

“Kami berjabat tangan dan dia kemudian beredar dari tanah saya secara baik,” tambahnya. – Agensi

sumber: kosmo online 29hb Sept.2011

kunang-kurang mula pudar

Posted in kunang-kurang mula pudar on September 29, 2011 by sekamarrindu2009

kunang-kurang mula pudar
dan sekarang
gelap…

[ pelik ] Gaya Memasak Seorang Wanita Yang Cukup Menggemparkan.

Posted in [ pelik ] Gaya Memasak Seorang Wanita Yang Cukup Menggemparkan. on September 28, 2011 by sekamarrindu2009

minta-minta di Malaysia tak ada gadis/wanita yg cuba
memasak dengan gaya mcm ni..

laut berbisik rindu

Posted in laut berbisik rindu on September 28, 2011 by sekamarrindu2009


pantai berpasir
adalah kanvas tanpa akhir
jejak-jejak kita terukir
jadi berbaris sajak.

laut berbisik pada pasir
mengeja jejak kita
lalu membawanya ke samudera lepas

di atas karang
lidah ombak membacakan sajak yang kita karang
disaksikan ikan, ubur-ubur dan kerang.

laut berbisik rindu

Posted in laut berbisik rindu on September 28, 2011 by sekamarrindu2009


pantai berpasir
adalah kanvas tanpa akhir
jejak-jejak kita terukir
jadi berbaris sajak.

laut berbisik pada pasir
mengeja jejak kita
lalu membawanya ke samudera lepas

di atas karang
lidah ombak membacakan sajak yang kita karang
disaksikan ikan, ubur-ubur dan kerang.

bukalah jendela dan lukislah langit malam…

Posted in bukalah jendela dan lukislah langit malam... on September 27, 2011 by sekamarrindu2009


bukalah jendela dan lukislah langit malam…
dengan sebuah bintang jatuh..
ternampak harapan menyala..
biarkan menerangi ruang angkasa
tempat kita meninggalkan jejak cinta
yg tak pernah terhapus cuaca..