Lelaki Diet Paling Unik : Setiap hari minum susu badan isteri sendiri




VIVAnews ( 26/9/2011) – Demi memperoleh tubuh langsing bagai model, banyak orang rela melakukan diet. Namun berbeza dengan diet yang dijalani seorang lelaki yang berasal daripada AS, Curtis. Dia menjalani sebuah program diet unik iaitu hanya meminum air susu ibu (ASI) dari isterinya.

Dalam blognya, Dont Have a Cow Curtis, dia menulis pengalamannya meminum susu isterinya yang telah dibekukan. Salah satunya berbunyi, “Semalam jauh lebih lapar, mengonsumsi (ASI) 104 ons, sekitar 3.120 kalori.”

Melalui blog ini, dia dan isterinya, Kate, merancang pola makan harian Curtis. Idea unik muncul setelah kelahiran anak mereka sembilan bulan lalu. ASI yang dipompa dan dibekukan sang isteri masih tersisa banyak. Mereka mencuba menyumbangkan ASI beku, tapi aturan bank ASI dan biaya pengiriman membuat mereka membatalkan niat. Lagipula, Curtis menyukai ASI.

“Saya tidak melihat ada yang salah atau menjijikkan dari minum susu isteri sendiri, itu tidak lebih dari makanan yang sihat,” tulisnya. Dia juga menyatakan ASI membantu pencernaannya lebih baik daripada minum susu lembu. Tapi bagaimana rasanya? “Kadang-kadang pahit dan saya sudah terbiasa, kadang-kadang sangat manis,” ia menjelaskan. “Susu juga dalam beberapa kes seperti memiliki mendapan kapur selama pencairan dan kami tak yakin itu hanya kejadian alam atau berkaitan dengan ‘suhu freezer’.

Dengan tinggi sekitar 184 cm dan bobot 83 kilogram, Curtis harus minum sekitar 66 ons ASI agar memperoleh 2.000 kalori sehari demi mempertahankan bentuk tubuhnya. Pada hari ketiga hanya mengasup ASI, Curtis mengaku mulai merasa lapar dan perutnya seperti terisi gas. Namun menambahkan, pencernaannya tetap sihat.

“Saya sangat menikmati susu sekarang dan selalu terkejut betapa setiap gelas memiliki rasa yang berbeza,” tulis Curtis pada hari ke-3 seperti dikutip Shine.

Namun tak semua orang menyukai cara keluarga ini mengelola kelebihan makanan. “Sungguh bodoh,” ucap Kepala Pusat Pencegahan dari Universitas Yale Dr David Katz menggambarkan diet unik ini. Kepada ABC News, dia mengatakan, “Tidak ada dasar di alam yang menyimpulkan bahwa ASI adalah makanan optimal bagi manusia dewasa di setiap spesies.”

Yang lain merasa marah dan menyarankan agar pasangan ini mencari cara lain untuk membagi kelebihan ASI mereka kepada anak-anak yang memerlukanhkannya. Hikmah lain dari projek unik ini ternyata meningkatkan kesedaran untuk menyumbang pada bank ASI.

Dan Kate, yang berencana menyusui bukan hanya untuk suaminya, tapi bayi perempuannya sampai ia puas akan menyumbangkan susunya bagi yang memerlukan

“Kami berharap ASI bisa diberikan pada seseorang yang menghargai kerja keras dan cinta yang ada dalam susu ini, ” tulisnya. “Kami ingin susu ini datang kepada seorang yang benar-benar memerlukankannya bukan seseorang yang hanya akan membuang-buangnya.” (umi)


p/s…Persoalan: kenapa harus minum susu dalam botol?


sumber:

http://4skripsi.blogspot.com/2011/09/diet-unik-minum-asi-istri.htm

26 Responses to “Lelaki Diet Paling Unik : Setiap hari minum susu badan isteri sendiri”

  1. kalau dalam islam tak boleh kan…??

  2. mesti lelaki ni tak puas minum sisu ibu mak e dulu..tu yg sibuk nak minum susu isterinya

  3. Salam SR… adeh.. ada jugak yang cam ni.. p/s: rajin SR maraton tengok pic2 yang ada kat blog sy yer.. tq.. terbalas komennya.. hehe.. ^^,

  4. eh adylia qarissa bkn xley laley tpi jgn smpi si anak tiada susu nk d hisp.si suami ley amik ckit shja n jgn amik terlalu byk cz 2 hak anak

  5. xboleh eh minum susu isteri?kalu terminum gak?hehe

  6. hehe. macam2 la org zaman skg.

  7. adeh.. macam-macamlah mike ni.. kan ada cara lain..

  8. mana ada feel minum dalam botol hahaha

  9. hish… macam-macamsalam SR, lama menyepi… moga sihat sentiasa

  10. dah jadi anak tu..bukan suami lagi dah..ish3..

  11. errr.entah ape2 jer lelaki nie….ish2…

  12. ish..mcm2…ada gak g2 ek…

  13. chinta…,memang mcm2..dan pelik manusia dalam dunia skrg ni.

  14. Terbang Bersamaku,entahlah..mcm2..

  15. Azie Azman,dah bertukar status pulak..issshh

  16. ibuintan,ibu…tq singgah komen sini..

  17. Lia Lomi,memang pelik dan tak patut dilakukan..:)

  18. Cik Jannah,memang mcm2..

  19. Jasman,tak dapat saya nak jwb tuuuu..hehe

  20. pOHon HiJAu,betul..jangan sampai ayah dan anak dok berebut2 nak minum susu pulak..tak patut..:))

  21. Faaein Talip Roy,ada….:))

  22. Ila,hehe..ya la tu kot..

  23. Adylia Qarissa,tak boleh..susu ibu hak anak.bukan bapak..

  24. kemaruk sangat nampaknya…kenapa nak dipam ye? minum la terus dari ibunya…baru rasa nya fresh! heheheh

  25. Islam itu indah dlm menciptakan sesuatu yg m'hllkan dan haramkan sesuatu.

Leave a reply to Sekamar Rindu Cancel reply