Petani marah Rihanna pakai bikini

RIHANNA menjalani penggambaran muzik video terbaharunya dekat Belfast Utara, Ireland Utara kelmarin. – AP

BELFAST – Ekoran memakai coli, seluar dalam berwarna merah dan mendedahkan payu dara, bintang pop Rihanna telah diusir dari ladang milik seorang petani di Ireland Utara.

Tindakan drastik itu dilakukan kerana petani itu marah melihat Rihanna memakai bikini semasa sesi penggambaran muzik videonya.

Rihanna, 23, sedang menjalani penggambaran muzik video single terbarunya, We Found Love di sebuah ladang milik petani tersebut di bandar Bangor, timur Belfast pada Isnin lalu.

Namun, petani itu, Alan Graham memutuskan penyanyi popular itu bertindak keterlaluan apabila dia melucutkan pakaiannya sekali gus mendedahkan bikini kecil berwarna merah yang dipakainya.

Akhbar-akhbar Ireland menyatakan Rihanna turut mendedahkan payu daranya buat seketika.

Melihat aksi menjolok mata berlaku di ladangnya, petani berusia 61 tahun itu yang sebelum ini membenarkan sesi penggambaran itu dilakukan, segera turun dari traktornya dan menyuruh bintang pop itu kembali memakai pakaiannya.

“Perbuatannya itu tidak sesuai. Dia tahu saya seorang penganut Kristian yang patuh,” kata Graham.

“Kami berjabat tangan dan dia kemudian beredar dari tanah saya secara baik,” tambahnya. – Agensi

sumber: kosmo online 29hb Sept.2011

18 Responses to “Petani marah Rihanna pakai bikini”

  1. mat saleh pun tau marah bila org tatau malu berbogel…

  2. berbogel spe x mrh..tp diorg klu bt seks bebas xde lak yg nk halau2.slh org la kot..klu kne dgn pkcik petani tu bsr kemungkinan kne halau.haha

  3. sy tak marah…suke je hahahahadatang melawat kt blog ni… lama tak nampak kamu juga ye ;-)p

  4. padan muka kan..

  5. Mereka kata bila bersuara tinggi sebagai rude…Naked???

  6. artis hollywood suka pakai seksi and menjual lagu secara seksual..teruk sangat!

  7. SALAM,MAT SALLEH PUN TAK SETUJU !

  8. bila orang kuat agama tak suka.. habislah.. semoga petani itu mendapat petunjuk yang benar dari-Nya..

  9. haha..ingatkan owg giler mn kot yg berbogel..2 yg kena halau…

  10. khakah ken marah gaj..pakai colourless la senang

  11. jarang jumpe org gini kn…bgs nyer…follow u

  12. ado2 bae tuh petani macam itu kak

  13. salam…bagus nyer mat saleh pun tahu perbuatan tu kurang elokkn….:)

  14. Hi..lets join Perfumes Farm Contest and grab a chance to win fragrance mist from Victoria's Secret..=)

  15. haigoooopelik2 je meoh niiii

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: