[ pelik ] Lelaki ini ditumbuhi kacang pis di dalam perut

BREWSTER, Amerika Syarikat (AS) – Seorang bekas guru yang sesak nafas selama beberapa bulan, Ron Sveden terkejut apabila beberapa doktor memberitahu terdapat anak pokok kacang pis yang sedang membesar dalam paru-parunya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sveden menghidap penyakit paru-paru kronik, emphysema semasa keadaan kesihatannya menjadi semakin buruk.

“Saya sering batuk,” kata pesara berusia 75 tahun itu

Isterinya, Nancy menghubungi ambulans pada 31 Mei lalu apabila keadaan suaminya bertambah teruk.

Ujian sinar-X kemudian mendapati paru-paru kiri warga emas itu tidak berfungsi tetapi doktor-doktor bingung kerana tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia menghidap kanser paru-paru.

Namun, doktor kemudian mendapati terdapat anak pokok kacang pis tumbuh dalam paru-paru Sveden berdasarkan sampel organ berkenaan yang diambil mereka.

Doktor-doktor percaya pokok kacang pea itu tumbuh dalam paru-parunya kerana ia termasuk ke dalam sistem pernafasan Sveden semasa dia menelan kacang itu.

Dia kemudian menjalani pembedahan bagi membuang anak pokok pis itu.

Namun, hidangan pertama selepas dia menjalani pembedahan itu ialah kacang pis.

“Saya ketawa bersendirian dan memakannya (kacang pis),” kata Sveden. – Agensi –

14 Responses to “[ pelik ] Lelaki ini ditumbuhi kacang pis di dalam perut”

  1. lepas makan kacang pis tu,dye elan baja lak,patot ar subur je kacang pes tu

  2. uikssss..peliknyee !! :)jom baca entri terbaru kite ^^http://heartylolipop.blogspot.com/2011/10/dia-untukku.html

  3. Salam SR..masa kecik2 dulu.. selalu terpikir.. kalau makan kacang tu.. agak2 dia tumbuh tak dalam badan kita.. tak sangka betul2 berlaku pada pesara guru ni.. kuasa Allah..

  4. adoii!! menakotkan… nsb baik smpt detect…

  5. boleh plak kan die tk fobia bile mkn kacang pis tu after operation? huhu

  6. cx's,tula pelik juga…:)

  7. nieysa:),nape..terkejut ke..?🙂

  8. Cik Jannah,roti mayat.?..hehe..lum penah lagi..:))

  9. Faaein Talip Roy,pernah fikir mcm tu ya..? hehe..

  10. :Miss Hearty,memang pelik..ok..nanti singgah..

  11. ❀Hanim_RosLan❀ berkata…hehe..telan baja ek..?.wahhh,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: