Robot cuci rambut warga emas

 


 

 

 

TOKYO – Ia kelihatan seperti kerusi salon, tetapi robot terbaharu di Jepun itu boleh mencuci rambut yang sentuhannya seperti jari-jari manusia untuk membantu golongan tua dan kurang upaya.

Robot itu dibangunkan oleh firma elektronik terkemuka, Panasonic. Menurut Panasonic, robot itu mengetengahkan teknologi robotik terkini.

“Dengan menggunakan teknologi tangan robotik dan 24 jarinya, robot ini mampu mencuci rambut golongan kurang upaya seperti seorang manusia. Ini dapat membantu mereka menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna,” kata wakil Panasonic, Tohru Nakamura.

Pengguna hanya perlu berbaring di atas sebuah kerusi. Robot itu kemudian akan menyampu rambut, mengurut kulit kepala dan membilas rambut dalam tempoh tiga minit. Meletak perapi dan mengeringkan rambut pula akan mengambil masa lima minit lagi.

Pada masa ini, mesin tersebut masih belum berada di pasaran. Panasonic merancang untuk memulakan jualannya pada tahun depan. Ia menyasarkan produknya itu kepada rumah-rumah penjagaan orang tua dan hospital.

– Reuters

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: