Perompak Jadikan Seluar Dalam Sebagai Topeng Semasa Merompak

CHELMSFORD – Seorang perompak yang menjadikan sepasang seluar dalam berwarna putih sebagai topeng kepala kini menjadi buruan pihak polis di daerah Essex, lapor sebuah akhbar semalam.

Suspek dipercayai lelaki berkulit putih dan berusia 20-an juga memakai seluar trek Adidas serta dikesan melakukan rompakan dengan menggunakan pisau di sebuah stesen minyak di Clacton-on-Sea, Essex.

Seorang detektif, Sarjan Kevin Cooper berkata, perompak itu memakai seluar dalam bagi menutup wajahnya daripada disiarkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dia menyamun seorang juruwang kaunter.

Insiden ini amat menjijikkan kerana suspek mengancam untuk mencederakan mangsa dengan pisau di sebuah stesen minyak di Clacton-on-Sea pukul 10.50 malam pada Rabu lalu, katanya.

Juruwang itu tidak dicederakan tetapi masih terkejut dengan kejadian tersebut.Perompak berkenaan turut melarikan wang ratusan pound daripada mesin tunai di stesen itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: