[Rosak Moral] Gadis Jual Tubuh Demi Satu Tin Gam


GADAI MARUAH…Alia (kiri) mencari pelanggan tepi jalan.

KUANTAN: Hanya bermodalkan satu tin gam berharga tidak sampai RM5, mana-mana lelaki boleh menikmati tubuh seorang gadis berusia 16 tahun yang sering berkeliaran di bandar ini dengan tujuan mahu mencari sesiapa yang boleh membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya.

Bukan setakat ringan-ringan, malah gadis yang sering dilihat mundar-mandir di Jalan Pasar dan Medan Warisan di sini, mudah dibawa ke mana saja termasuk ke ranjang asalkan ketagihannya terhadap gam dapat dihilangkan.

Berikutan ‘populariti’ gadis itu yang digelar ‘Minah Gam Ringan-Ringan’ oleh orang ramai yang mengenalinya, wartawan Harian Metro melakukan penyamaran dan berjaya berbual-bual dengannya.

Agak mengejutkan apabila mendapati dia bukanlah selekeh seperti digambarkan, malah mempunyai wajah agak menawan serta pandai bergaya, sekali gus langsung tidak menggambarkan dirinya penagih gam tegar.

Dalam perbualan dengan gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alia, dia mengaku tidak kisah dibawa ke mana saja asal diberi satu tin gam untuk melepaskan ketagihan manakala bayaran sekadar RM50 memadai jika ingin menidurinya.

“Kebiasaannya lelaki mengajak saya ke pusat karaoke di sekitar bandar ini kerana di situ agak selamat serta lebih terlindung daripada pandangan orang ramai.

“Tapi kalau di karaoke cuma boleh ringan-ringan sajalah, nak lebih daripada itu kenalah bayar tip sikit dan carilah tempat lebih sesuai,” katanya selamba. Apabila ditanya mengenai latar belakang termasuk keluarga serta persekolahannya, Alia enggan menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang senang, namun Harian Metro difahamkan dia sudah berhenti sekolah sejak ibu bapanya bercerai. Ditanya sejak bila dia mula menagih gam, Alia cuma menggeleng-gelengkan kepala, namun memberitahu dia melakukan perkara itu hanya sekadar suka-suka.

Sementara itu, Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuantan, Mohd Aluwi Din mengakui pihaknya ada menerima maklumat mengenai beberapa kes membabitkan gadis seperti Alia.

Ada antara mereka sudah berjaya kami pujuk dan rujuk ke Bahagian Kaunseling untuk mengikuti proses pemulihan.

Kita perlu membantu golongan yang ketagihan gam ini, bukannya menghukum mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, kebanyakan remaja yang terbabit dengan kegiatan menghidu gam yang dirujuk ke AADK dibawa keluarga sendiri namun ada juga ditangkap ketika operasi dijalankan agensi berkenaan.

“Mereka diberi kaunseling selain menyediakan aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan supaya pulih daripada kesan menghidu gam yang boleh menjejaskan otak dan melemahkan ingatan.

“Ibu bapa yang menyedari anak mereka terjebak kegiatan menghidu gam tidak perlu malu untuk membawa remaja berkenaan kepada AADK supaya mereka dapat menjalani program pemulihan,” katanya.

Aluwi berkata, jika terlalu ketagih, penghidu gam akan hilang pertimbangan malah sehingga menjejaskan otak seterusnya menjadi gila, justeru tidak hairan sekiranya remaja perempuan yang menghidu gam boleh bertindak melampaui batas seperti menyerahkan kehormatan diri dan sebagainya.

sumber : Harian Metro 22hb Oktober 2011

22 Responses to “[Rosak Moral] Gadis Jual Tubuh Demi Satu Tin Gam”

  1. hmm mcm2 skrg ni . .

  2. inilah juga yang sering berlaku di mana..waktu malam

  3. Ramai bangsa kita yg rosak hanya kerana mahukan keseronokan dunia dan merosakkan diri sendiri.

  4. Usia yang sepatutnya sedang menimba pelajaran disekolah.Kesian emak ayahnya.

  5. teruk jugak kalau macam ni…

  6. wah..sanggup tu gadai maruah..nauzubillah..huhu…:)..en.SR ,xknl pn..hihi…

  7. kalau dah ketagih tu.. macam-macam boleh berlaku.. mohonlah dijauhkan.. ngeri sungguh…

  8. salam. hmm,pelik2 yer semua nie? nauzubillah la. moga Allah lindung kita semua 🙂

  9. inilah hasilnya 53 tahun kita merdeka!!

  10. Allahuakbar. jauhkanlah kami drp perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

  11. manusia yang pada fitrahnya seperti kain putih , bagaimana boleh dikotorkan dengan sahsiah sedemikian rupa ? hurm. ibu bapa harus mencorakkannya dengan agama. bukan dengan masalah keluarga seperti penceraian.

  12. WHYJ,peranan ibu bapa sangat mencabar sekarang ni..namun pengaruh persekitaran, pergaulan, media massa menjadikan masalah ini bertambah parah..

  13. cx's,semoga Allah menjauhi kita drp perkara2 yg tidak baik ni…amin.

  14. rumah kayu,inilah harga yg terpaksa kita bayar..tapi memang menyedihkan anak2 bangsa kita terlibat dlam hal2 yg tak bermoral ini..

  15. cikzsmile,memang sangat pelik..mcm2 berlaku..

  16. Faaein Talip Roy,sama mcm dadah juga..bila dah ketagih tak dapat diselamatkan lagi..mesti nak juga benda tu (gam) tak ada duit terpaksa jual diri…sangat malangnya..

  17. amniey91,terpaksa buat bila dah ketagih.:)

  18. eita,memang teruk..sungguh menyedihkan

  19. Kunang-Kunang,betul tu puan…sangat kesian pada mak dan ayah budak malang ni.

  20. Kakzakie,sungguh menyedihkan kak, moga kita semua dijauhi perkara2 yg tak baik tu.

  21. ikatankasihku,di siang hari pun sama ada berlaku.

  22. cik yuki,memang mcm2 sekarang ni.:0

Leave a reply to ikatankasihku Cancel reply