Pelik tapi benar : Zebra ini hanya mahu makan dengan orang yang pakai baju belang saja

BEIJING – Seorang pekerja di zoo binatang di China harus mengenakan pakaian belang kerana zebra yang kematian ibunya hanya mahu menerima makanan dari seorang yang mengenakan pakaian belang saja. Kalau tidak dia tak mahu makan.

Zoo binatang Wuhan menyatakan, zebra ini lahir di awal Julai dan lima hari setelah dia lahir, ibunya mati.

“Awalnya kami memberikan anak zebra ini ke ayahnya, namun ayah zebra ini tidak mahu mengurusnya dan bahkan menendangnya,” kata seorang yang memberi makan zebra itu Chen Nong, demikian laporan Orange, pada 30 Julai 2011.

Chen mengatakan bahawa dirinya harus mengenakan pakaian belang setiap harinya agar zebra kecil ini mahu makan. Zebra ini pun menjadi senang bila melihat Chen menghampirinya.

“Zebra ini bahkan ingin menyusu pada saya,”tambahnya.

Chen menamakan zebra itu dengan nama “Little Five” kerana ia hanya bersama ibunya dalam waktu lima hari.saja.

12 Responses to “Pelik tapi benar : Zebra ini hanya mahu makan dengan orang yang pakai baju belang saja”

  1. assalamualaikum…zebra pun pandai memilih jugak…tapi sian..kecik2 dah takde mak kan…

  2. alah ngegade betul zebra nih.. manja.

  3. mesti dia anggap orang tu emak dia..

  4. bijak tol zebra nih…hik3…rugila zebra tu klu org yang xpkai bju belang bwk makanan ag sedap…hehe

  5. lucu je bila baca… mungkin anak kuda belang tu ingat mak dia kot…huhuhu..

  6. Cinta Hatiku,wp binatang…taoi kesian juga kan.?

  7. Life is what u want it to be.hehe..memang bijak..:)

  8. Faaein Talip Roymahh..betul tu..cian dia kan.?

  9. noraauliyya,keldai ingat mak dia tuu.

  10. thehootingmind,fine..tqq.:))

  11. eita,walaikummusalam…:))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: