Budak Berumur 3 Tahun Pecah Kepala Dilanggar Guru Di Luar Pintu Pagar Sekolah SK Pasir Gebu, Kepala Batas

MOHD. ZAMRI (kanan) mengangkat mayat Nor Afina (gambar kecil) yang maut selepas dirempuh sebuah kereta di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

KEPALA BATAS – Seorang kanak-kanak menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila kepalanya dikatakan pecah selepas dirempuh dan digilis sebuah kereta dalam kejadian di luar Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu di sini semalam.

Kejadian pukul 12.10 tengah hari itu menimpa Nor Afina Khalida Zamri, 3, ketika dia sedang duduk di atas motosikal bersama bapanya, Mohd. Zamri Hashim, 36. Ketika itu, dua kakaknya, Nor Ellys Najwa, 9, dan Nor Alia Farhana, 7, baru hendak menaiki motosikal tersebut.

Tanpa diduga, motosikal itu terus dirempuh sebuah kereta dipandu seorang guru sebuah sekolah di Kuala Muda yang terbabas menyebabkan Nor Afina tercampak sebelum digilis kenderaan terbabit.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Supritendan Suhaimi Mohd. Noor berkata, kereta itu hanya berhenti selepas bergesel dengan sebuah lagi kenderaan yang diletakkan di luar sekolah.

Katanya, sebaik diperiksa, mangsa yang tinggal di Kampung Permatang Rawa di sini didapati tidak lagi bernyawa akibat cedera parah di kepala.

“Dua kakak mangsa mengalami luka di beberapa bahagian badan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kepala Batas manakala Mohd Zamri tidak cedera.

“Pemandu kereta itu yang cedera turut dirawat di hospital itu sebelum dia ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan cuai dan membahayakan,” katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakau Tua di sini semalam.

16 Responses to “Budak Berumur 3 Tahun Pecah Kepala Dilanggar Guru Di Luar Pintu Pagar Sekolah SK Pasir Gebu, Kepala Batas”

  1. Itu kemalangankan. Kesian. Al Fatihah untuk anak kecik tu dan takziah untuk keluarganya. Tabahlah dengan dugaan ini.

  2. nk kate salah cikgu tu 100% pn xjugak..knape ayah die nk bwk 3 org anak naik moto serentak? xpkai helmet pulak tu…

  3. Salam SR..Sedihnya.. teringat peristiwa di China tu…Al-Fatihah untuk anak-anak kecil ini..

  4. Al Fatihah untuk arwah,.

  5. bace kat KOSMO td .kesian . al-fatihah

  6. Yaallah~ngerinyašŸ˜¦

  7. PERLU DIINGAT UNDANG-UNDANG KETIKA MEMANDU DI KAWASAN SEKOLAHTAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA.. AL-FATIHAH…

  8. kawasan sekolah la yg perlu berhati-hati,.budak2 ramai,.ya Allah,sedih bace,.

  9. **::CIKNUURUL,betul tu Cik Nurul,..bila dah berlaku mcm ni..semua pihak susah..

  10. ZILFALILAH SYUHADA,suatu siasatan terperinci perlu dijalankan segera..

  11. ahsfantasy24,sangat ngeri..

  12. nieysa:),sangat menyedihkan..

  13. fadh leyanie,alfatihah buat arwah juga..

  14. Faaein Talip Roy,betul tu..faaein..sungguh menyedihkan..di China lagilah..budak yg kena langgar pun x ada sape nak nolong…

  15. Kunang-Kunang,kak..sungguh menyedihkan….

  16. Raden,siasatan terperinci akan menentukan siapa yg salah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: