Tazkirah Malam: Kemuncak Cinta Malam Pertama…..

Assalamualaikum..WBT. Sudah agak lama SR tak menulis tazkirah, malam ini dengnan izin Allah dapatlah serba sedikit menulis tazkirah untuk tatapan rakan-rakan yang dirahmati Allah SWT semua..

Inginkah malam pertama yang romantik bersama suami tersayang? Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memastkan momen itu bermakna antara anda berdua. Malam yang memiliki seribu macam keunikan yang boleh menghangatkan rasa kasih serta sayang suami isteri. Bahkan dalam sebuah hadis disebut bahawa pada setiap malam Allah SWT akan menyebarkan rahmat-Nya kepada seluruh makhluk yang mengambil kesempatan berkenaan.

Sesungguhnya hanya rahmat dari-Nya yang menyatukan dua hati, menjaga dan melindungi dari sebarang kejahatan makhluk. Siapakah yang melembutkan hati suami bagi menahan sabar saat menghadapi kerenah sang isteri jika bukan Allah SWT. Siapakah yang meruntuhkan ego isteri ketika merajuk kalau bukan kerana sentuhan rahmat dari Allah SWT.


SUAMI DAN ISTERI YANG MENGINGATI MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR

Anda tidur di sisi suami yang dicintai, bebas memeluknya sambil berbual-bual manja, Di bahunya anda menangis dan tertawa manja, tangannya sentiasa hangat mengusap pipi yang kesejukan.

Begitulah malam yang anda lalui bersamanya. tetapi bagaimana nanti jika anda melalui malam pertama di alam kubur? Sendirian dicengkam rindu. tangisan yang takkan dapat dipujuk lagi. Ketakutan dan gementar menghadapi amalan akibat perbuatan sendiri. Di mana suami tempat curahan kasih? Sampai hati dia pergi meninggalkan anda seorang diri…sunyi, gelap dan sempit.

Belum sempat anda lupakan kepahitan menelan rasa rindu di hati, datang pula Utusan Allah SWT. Membawa berita yang sangat menakutkan. Siapakah yang akan menjaga kengerian isteri semasa isteri di alam kubur? Di mana kah suami? Di manakah suami yang dulu melindungi? Siapakah yang boleh membela wanita ini daripada keraksuan dan kekejaman ulat, cacing, kala jengking dan ular? Tubuh mulusnya, wajah cantiknya, rambut ikalnya semuanya menjadi santapan malam pertama makhluk yang menjijikkan itu. Di mana suami masa ini..??. Hanya amal soleh saja yang dapat menyelamatkan seorang wanita yang malang itu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ” Jika salah seorang antara kamu meninggal dunia, dinampakkan tempat tinggalnya pagi dan petang, jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjadi penghuninya..Apabila dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjadi penghuninya. Lalu dikatakan kepadanya inilah tempat tinggalmu sehingga Allah SWT membangkitkanmu pada hari Kiamat ( Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hanya iman dan amal soleh sajalah yang melayakkan seseorang muslim memandang syurga tempat tinggalnya setiap sejak hari pertama dia ditempatkan di alam kubur.

Ingatlah…malam pertama di alam kubur ketika anda dan suami menikamati malam-malam yang indah di alam percintaan duniawi. Jangan terleka kenikmatan sesaat sehingga melupakan bekalan yang perlu dibawa untuk perjalanan yang panjang di alam kubur nanti.


SUAMI DAN ISTERI YANG MENGINGATI MALAM PERTAMA DENGAN BERTAUBAT

Mereka akan kekal menjadi pengantin syurga di sisi Allah SWT. Dilimpahi kasih Ilahi, diselamatkan dari orang-orang yang dengki dan cemburu. Pandangan mata suami ke arah isterinya menghantarkan kasih sayang Allah SWT.

Hari-hari yang dilalui adalah perjuangan panjang dan melelahkan demi membina keluarga yang beriman, melahirkan anak-anak yang tunduk dan sujud kepada Allah SWT. Apabila malam meyelimuti syurga yang dibina, kedua suami isteri itu bangun menghiasi dengan rintihan taubat, tumpahan air mata dan kuntuman doa-doa harum di sudut hati. Kerana mereka percaya hari esok adalah terlalu kejam dan ganas. Sesiapa yang tidak menjadikan Allah SWT sebagai penolong pasti akan terkorban di landasan kehidupan.

Amalan yang paling dikasihi Allah SWT adalah taubat kepadaNya. Tiada hadiah yang paling menggembirakan pada sisi Allah SWT kecuali kembalinya seorang hamba pulang dengan penyesalan atas kesilapan..

Wasalam..

22 Responses to “Tazkirah Malam: Kemuncak Cinta Malam Pertama…..”

  1. SR..tazkirah ni sgt menyentuh dihati nurani..trm ksh :)sy manusia,selalu alpa.tp..sy belum kwin,jd blm terlambat😀 SR da kwin ke?p/s: klu nk join segmen sy tu jom la ;)berbesar hati sgt.

  2. entri menarik..tanks atas informasi

  3. Salam SR,.semoga dilimpahi rahmat ar-Rahman..alhamdulillah, satu ilmu lagi untuk sy malam ni,.semoga ganjarannya berpanjangana,amin,.🙂

  4. Assalamualaikum… nice entry…

  5. salam. thanks SR.🙂

  6. SR sungguh sayu bace nie huk3

  7. tazkirah yang sungguh menusuk dalam hati eita….

  8. sangat memberi kesedaran utk bakal2 pengantin seperti saya, terima kaseh atas tazkirah, sememang nya kt manusia perlu saling ingat mengingati DUnia hanya sementara…di sisi Allah selamanya…..

  9. ya allah…semuga aku tergolong dalam isteri-isteri yg solehah dan diredhai olehNYA,amin..tq SR,,,

  10. salam adik SR, nukilan yang sungguh menyentuh hati….

  11. SR.. tazkirah yang menyentuh hati.. dah kawen nanti saya nak bercerita begini dengan suami..adeh. berangan aje saya ni.. huhuhu.. ;p

  12. Faaein Talip Roy,gaya mcm ustaz lak..:))

  13. maira,terima kasih kak..:)

  14. cikebum,mudah-mudahan…amin.:)

  15. miss LiSa,terima kasih..sudi singgah komen..

  16. eita,terima kasih..:)

  17. erleena,terima kasih..:)

  18. cikzsmile,terima kasih..:)

  19. Abg Stalker,terima kasih :))

  20. A.Y.R.I.Z,terima kasih..:)

  21. **::CIKNUURUL,mudah-mudahan..cik nurul.tq komen..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: