[ Gambar ] Tragedi 11.11.11 Sungguh Memilukan…..Al-Fatihah Kepada Yang Meninggal








SLIM RIVER: Usaha seorang bapa, Zaidi Muhammad, 43, menjejak anaknya yang ‘ghaib’ sejurus tragedi bas sekolah dirempuh treler membawa lima tan pasir di sini, semalam, berakhir hiba apabila pelajar itu ditemui sudah meninggal dunia di bawah timbunan pasir setinggi dua meter kira-kira enam jam selepas nahas.

Maysarra Zaidi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah, antara empat yang terkorban dalam kemalangan pada jam 4.45 pagi di Kilometer 382, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Behrang, di sini.

Tiga lagi mangsa ialah rakan sekolah Maysarra, Khairul Anwar Azhan, 15, guru mereka, Siti Hajar Mohamed, 33, dan Ketua Wanita Umno Cawangan Alor Teja, Alor Setar, Basarah Saad, 45, yang cuba membantu kumpulan pelajar berkenaan selepas bas mereka terbalik.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintenden Md Tahir Kasim, berkata Maysarra, Khairul Anwar dan Siti Hajar antara 60 pelajar dan tujuh guru yang menyertai rombongan ke ibu negara dengan menaiki dua bas, namun satu lagi bas tidak terbabit kemalangan itu.


“Basarah menaiki bas lain bersama rombongan Wanita Umno Kedah dalam perjalanan menghadiri satu program di Tanjung Karang, Selangor. “Bas itu berhenti di tempat kejadian atas permintaan Basarah yang mahu menghulurkan bantuan, namun dia yang juga ibu tunggal tiga anak menemui ajal apabila dirempuh treler terbabit,” katanya.

Sementara itu, kehilangan Maysarra bermula apabila ayah dan abangnya, Faiz Zaidi, 16, yang bergegas dari rumah mereka di Taman Angsana, Kulim, gagal mengesan pelajar itu di Hospital Slim River (HSR) Zaidi yang juga juruteknik di sebuah institut kemahiran di Kulim dan Faiz hampa serta kebingungan apabila mendapati nama Maysarra tiada dalam senarai mangsa cedera atau

Berikutan itu, dua beranak berkenaan ke lokasi kejadian untuk mencari jawapan kehilangan anaknya. Hanya kira-kira setengah jam kemudian, baru mereka dimaklumkan mayat Maysarra ditemui di bawah timbunan pasir pada jam 10.45 pagi semalam.

Difahamkan, sebelum itu anggota penyelamat tidak menyedari ada mangsa tertimbus di bawah timbunan pasir di situ serta menyangka semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera sudah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Ketika ditemui wartawan di HSR selepas itu, Zaidi yang ditemani isterinya, Mazylina Abdullah, 35, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kematian anaknya, sebaliknya hanya menitiskan air mata.

Namun, Faiz memberitahu adiknya harapan keluarga kerana memperoleh 8A dalam ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini. “Dia sangat rajin belajar, malah antara pelajar harapan di sekolahnya untuk mencapai keputusan cemerlang dalam PMR tahun ini,” katanya.


Faiz berkata, tiada perubahan ketara dilihat pada adiknya sebelum ini, malah arwah kelihatan tidak sabar untuk mengikuti rombongan berkenaan. “Ini rombongan kedua arwah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik HSR di sini, semalam.


Jenazah Maysarra dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Teja, Alor Setar, Kedah.

37 Responses to “[ Gambar ] Tragedi 11.11.11 Sungguh Memilukan…..Al-Fatihah Kepada Yang Meninggal”

  1. Al fatihah tuk arwah, moga mereka ditempatkan dikalangan org2 beriman.

  2. Alhamdulillah..slamat dah dia dr fitnah dajjal dan akhir zaman..Alhamdulillah meninggal hari jumaat…smoga kluarga smua mangsa tabah..terutama anak2 Allahyarhamah Basarah yang kehilangan ibu yang hebat…truly a hero..

  3. Allah berkehendak kita tidak tahu hikmah disebaliknya. Moga roh mereka yg pergi tenang dan diterima Allah bersama kalangan yg berimanSedih dah sayu kita apa lagi keluarga mereka.Alfatihah buat semua yg pergi menemui Allah..

  4. Semoga roh mereka semua dirahmati Allah..amin

  5. harap dia dimasukkan dalam golongan kekasih allah

  6. sedihnya baca berita ni. alfatihah..

  7. al fatihah…tanggal 11.11.11 ramai yang buat kenduri kendara dan lain2..bergembira..tapi jangan lupa ada insan yang berduka cita..

  8. al-fatihah…turut simpati dgn musibah yg menimpa mangsa.

  9. Allah…mmm al fatihah…

  10. Innalillahhiwainnahilaihirajiuun, Al-Fatihah untuk roh yang meninggal dan takziah kepada keluarga yang terlibat dalam kemalangan ngeri ni.

  11. sedih sgt sebab sekolah saya.bdk2 tu pon saya kenal. .semoga roh dia dicucuri rahmat.

  12. takziah buat mangsa yg terkorban dalam kemalangan tersebut..kahs buat sahabat sy, yang kehilangan ank saudaranya maysara zaidi tabahkan hatimu wahai sahabat..jenazah arwahyarhamah maysara telah dikebumikan semalam di tnh perkuburan padang menora, tasek gelugor,penang.

  13. sedihnyaa,.Al-Fatihah,.semoga arwah ditempatkan dalam kalangan roh orang2 yg beriman,amin,.

  14. al-fatihah….. takziah kepade keluarga mangsa..harap die d letakkan di tempat2 orang yang beriman…. sebak rse hati ni ble bce artikel ni

  15. Semoga roh yang telah pergi ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman… Al-Fatihah

  16. Faaein Talip Roy,alfatihah….

  17. deqla manjew,alfatihah…

  18. yura berkata…al-fatihah pada yang meninggal..

  19. :CIKNUURUL,alfatihah…moga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman..amin..

  20. ahmoi_chanteq,alfatihah…

  21. ahmoi_chanteq,alfatihah…

  22. Nur Syahida,buat sahabat awak, yang kehilangan anak saudaranya, maysara zaidi .alfatihah

  23. nuurameliya sohimi,saya pun sedih juga membaca berita ni..

  24. Kunang-Kunang,alfatihah…:)

  25. Bulan Syurga Firdaus,alfatihah..

  26. Adylia Qarissa,tragedi 10.10.10 berulang lagi..

  27. Liza @ Adzriel AB,alfatihah..

  28. Nuril Husna Azman,amin…:)

  29. KuNanGKuNanG,alfatihah..

  30. anaMuslimah,ya..semoga keluarga mangsa tabah meghadapi ujian SAllah SWT ini..

  31. aku budak klang,amin…

  32. terima kasih atas semua komen…

  33. alfatihah buat keluarga mangsa…bersabarlah dan tabah kerana setiap ujian yg dtg ada hkmah disebaliknya..ALLAH maha adil lg maha mengetahui…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: