Archive for December, 2011

Puisi 1 Jam Sebelum Tahun Baru 2012

Posted in Puisi 1 Jam Sebelum Tahun Baru 2012 on December 31, 2011 by sekamarrindu2009

dan malam ini
bersama duabelas detik jam pada sepi
riuh kunyalakan ribuan kembang api

di hati

365 hari yang lampau: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 BUAT SEMUA SAHABAT SAYA

Posted in 365 hari yang lampau: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 BUAT SEMUA SAHABAT SAYA on December 31, 2011 by sekamarrindu2009

Masa terus berdetik, berlalu tanpa menunggu sesiapa. Begitu pantas tahun 2011 melewati kita. Kedatangan tahun baru 2012 kita sambut dengan penuh kesyukuran ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dipinjamkan sedetik lebih umur. Tahun 2011 pula kita lepaskan pergi dengan seribu pengajaran. Setiap peristiwa – manis dan indah, masam dan pahit – yang dilalui biarlah menjadi peringatan dan amaran. Bahawa, sebagai hambaNYA kita sentiasa diuji olehNYA untuk menentukan tahap keimanan kita semua terhadapNYA. Di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU BUAT SAHABAT-SAHABAT SAYA,tidak kira walau di mana sekalipun berada. Semoga di Tahun 2012, nanti kita semua akan beroleh kejayaan, kecemrlangan dalam apa juga bidang yg kita semua ceburi..InsyaAllah.

[ sungguh menyedihkan ] Ibu Rela Mati Kerana Tolak Kemoterapi Agar Bayinya Lahir Sihat

Posted in [ sungguh menyedihkan ] Ibu Rela Mati Kerana Tolak Kemoterapi Agar Bayinya Lahir Sihat on December 31, 2011 by sekamarrindu2009

Jenni Lake melahirkan anaknya sebulan sebelum ulang tahun ke-18. Jenni memang salah sorang daripada ibu remaja, namun pengorbanannya sangat besar untuk boleh menjadi ibu. Ia meninggal dunia kerana menolak rawatan kemoterapi untuk mengubati kanser yang bersarang di otaknya semata-mata anak lelakinya dapat lahir dengan sihat tanpa sebarang kesan ubat rawatan kansernya.

Jenni kerap mengalami migrain saat berusia 16 tahun ketika masih duduk di bangku sekolah Pocatello High School. Dari hasil MRI scan, doktor telah menemui sel barah kecil berukuran 2 cm yang melebar di sisi kanan otaknya.

Ketika diperiksa di hospital di Salt Lake City, hasil scan lain menunjukkan sel barahnya yang lebih besar daripada yang sebelumnya. Jenni menjalani biopsi pada 15 Oktober 2010 dan 5 hari kemudian ia didiagnosis dengan astrocytoma (jenis tumor otak) stage tiga.

Dengan 3 tumor di otak dan 3 tumor di tulang punggungnya, Jenni diberitahu bahawa kesnya jarang terjadi kerana tumor di otaknya telah menyebar ke bahagian tubuh lain tanpa ada gejala.

Doktor mengatakan kesempatan hidup Jenni hanya tinggal 30 peratus selama 2 tahun. Sementara kedua orangtuanya merasa sangat hancur, hal itu tidak terjadi pada Jenni.

“Dia tidak hancur, menangis atau apapun,” jelas Mike Lake (43 tahun), ayahnya yang bekerja sebagai pemandu trak yang tinggal di Rexburg, utara Pocatello, seperti dilaporkan Foxnews, Khamis (29/12/2011).

Tapi ibunya mengatakan bahawa Jenni terlihat lemah ketika doktor mengatakan bahawa ia tidak boleh memiliki anak.

“Ketika mereka mengatakan bahawa dia tidak mungkin boleh punya anak, dia marah,” ujar Phillips (39 tahun), ibunda Jenni.

Pada awalnya Jenni mulai menjalani kemoterapi dan perawatan radiasi. Ia pun memposting video di YouTube, yang menceritakan kisah hidup dan perjalanannya melawan kanser otak. Jenni sempat memposting 3 video.

Jenni terlihat tegar. Namun pada video kedua yang diposting pada 20 November 2010, Jenni nampak kebingungan ketika temannya merakam kegiatan makan siangnya bersama ibu.

“Tadi malam, saya hanya berbaring di tempat tidur dan saya berfikir tentang segala sesuatu yang sedang terjadi, itu membuatku terpukul, itu membuatku menangis. Apakah Anda tahu betapa sulitnya menjadi seorang ibu? Ketika dia tahu bahawa Anda sakit tetapi tidak ada yang dapat ia lakukan. Ini sulit. Saya tidak tahu berapa lama ini akan bertahan dan saya hanya ingin pergi,” kata Jenni dalam video.

Pada Mei 2011, menurut keluarga tumor Jenni sudah mulai menyusut. Jenni juga sempat menghadiri prom nigth bersama kekasihnya Nathan Wittman. Jenni dan Nathan mulai berhubungan beberapa minggu sebelum ia didiagnosis kanser. Hubungan remaja mereka bertahan dengan ujian yang berat setelah Jenni menjalani perawatan kanser.

Banyak teman yang menganggap Nathan hanya mahu berhubungan dengan Jenni kerana ia menderita kanser. Namun hubungan itu semakin berlanjut hingga akhirnya Jenni dinyatakan hamil 10 minggu.

Dari awal pengubatan, keluarga dan Jenni sudah diberitahu bahawa ia tidak mungkin akan punya anak keraa radiasi dan kemoterapi boleh membuatnya steril (infertil atau mandul).

“Kami diberitahu bahawa dia tidak mampu hamil, jadi kami tidak bimbang tentang hal itu (berhubungan seksual),” kata Nathan (19 tahun).

Namun berbeza dengan Jenni, dia selalu ingin menjadi seorang ibu dan dia sudah bertekad menjaga bayinya tetap sihat.

“Dia menyatakan kepada kami bahawa jika dia hamil, dia tidak boleh melanjutkan rawatan kanser. Jadi, dia harus memilih mengakhiri kehamilan dan melanjutkan rawatan, atau menghentikan rawatan dan mengetahui bahawa kanser boleh terus tumbuh,” kata ibunya.

Jenni memutuskan untuk menghentikan pengubatan kanser dan menolak kemoterapi agar anaknya dapat lahir dengan sihat. Keluarganya pun berfikir bahawa tumor Jenni sudah mulai menyusut. Ia mungkin masih boleh melanjutkan pengubatan kanser nanti setelah bayinya lahir.

Namun kenyataan berkata lain, Jenni memang melahirkan putranya yang bernama Chad Michael dengan selamat dan sehat, tapi keadaan tubuhnya sendiri sudah sangat lemah.

Jenni meninggal setelah melahirkan Chad. Ia sama sekali tidak menyesal dengan keputusannya. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Jenni bahkan sempat berbisik kepada jururawat di hospital.

“Saya sudah selesai, saya melakukan apa yang seharusnya saya lakukan. Bayi saya akan selamat disini,” bisik Jenni pada jururawat.

Kepala babi ditemui di pintu masuk masjid di Johor

Posted in Uncategorized with tags on December 31, 2011 by sekamarrindu2009

Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.

NONEKepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

NONEKetua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff (kanan dalam gambar) berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.

Sementara itu, Bernama melaporkan, pengerusi masjid berkenaan Kassim Darim, 62, berkata dalam kejadian pertama pada jam 5 petang semalam, penduduk menemui bungkusan plastik dipercayai mengandungi anggota babi berhampiran pagar belakang masjid.

NONEBeliau berkata kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di kawasan masjid berkenaan.

Kassim berkata satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.

Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk daripada badan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.

Inilah Acara Melompat Batu : Syarat Untuk Masuk Meminang Anak Dara Di Pulau Nias, Sumatera Utara

Posted in Inilah Acara Melompat Batu : Syarat Untuk Masuk Meminang Anak Dara Di Pulau Nias, Sumatera Utara on December 31, 2011 by sekamarrindu2009

Inilah tradisi Fahombo atau biasa disebut Hombo Batu (lompat batu) merupakan tradisi dari daerah Nias Selatan (Teluk Dalam), iaitu salah satu daerah di Sumatera Utara yang terletak di Pulau Nias.

Tradisi Lompat Batu atau Hombo batu yang dilakukan oleh seorang lelaki yang mengenakan pakaian adat setempat Nias dan lelaki tersebut diminta melompat susunan batu yang disusun setinggi lebih dari 2 (dua) meter.

Berdasarkan cerita rakyat setempat, lompatan tersebut diciptakan sebagai ujian fizikal dan mental bagi para remaja lelaki di Nias menjelang usia dewasa. Setiap lelaki dewasa yang ingin berkahwin wajib lulus ritual lompat batu tersebut Batu yang harus dilompati adalah berupa bangunan mirip tugu piramid dengan permukaan bahagian atas yang mendatar. Tingginya kurang lebih 2m (dua meter) dengan lebar 90 cm dan panjang 60cm.

Mana-mana lelaki yang gagal melompat batu tersebut tidak boleh meminang si gadis..

p/s…. elok dibuat juga kat Malaysia mcm ni…

[ gambar ] Inilah Kapal Terbang Yang Menggunakan Kartun Hello Kitty Sebagai Tema Penerbangan

Posted in [ gambar ] Inilah Kapal Terbang Yang Menggunakan Kartun Hello Kitty Sebagai Tema Penerbangan on December 31, 2011 by sekamarrindu2009

Inilah kapal terbang di Taiwan yang menggunakan kartun Hello Kitty sebagai imej pada kapal terbang di luar dan di dalam pesawat mereka…malah pramugarinya juga pun sama menggunakan pakaian yang bertema Hello Kitty juga..

Pemilik kapal terbang di Taiwan ni sungguh kreatif sekali..iaitu cuba memikat kanak-kanak untuk naik flight mereka. Tak mungkin hanya kanak-kanak saja yang akan naik kan?..mestilah si ayah dan ibu pun akan ikut serta juga..

Di Malaysia juga boleh mcm ni juga ke.?

Selamba..kakak ni curi makanan di buffet untuk beri anak makan dan ceritakan pulak di Facebook

Posted in Selamba..kakak ni curi makanan di buffet untuk beri anak makan dan ceritakan pulak di Facebook on December 31, 2011 by sekamarrindu2009

A STOMPer was appalled to see a Facebook posting made by a woman, who bragged about stealing food from a buffet at a restaurant for her kids at home.

Said the STOMPer:

“I saw these photos online plus the caption saying that she took food from the buffet at Sakura restaurant for her kids at home.

“What kind of mother is she? She goes out and enjoyed the food. But she steals food for her kids?

“As you can see she has the money but why must she do that? Plus she’s lucky the staff at the restaurant did not notice what she was doing.

“Come on lah, Singaporeans.

“You willing to dine but not pay more for your kids?. Tsk tsk.

“And she proudly posts her deeds on facebook for all to see.

“I think this woman is too much.”

p/s: ada juga orang yg mcm ni…

sumber : stomp.com.sg