Tak Habis-habis Kisah Pasal Khairul Fahmi Che Mat..


SHIDA…tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR: Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.

Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.

Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.


sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/2011120103343020111201033430/Article

pesanan buat Khairul Fahmi:


En.Khairul Fahmi; kamu perlulah menjaga tingkahlaku dan menjauhi perkara-perkara dimurkai Allah SWT yang boleh menjejaskan nama baik/reputasi serta maruah diri dan keluarga…selalulah ingat Allah SWT kerana dengan bakat kamu tu kamu diangkat sebagai pemain bola sepak terbaik negara…jangan nanti Allah SWT tarik balik nikmat yang kamu miliki tu..pesanan ikhlas dari saya…

14 Responses to “Tak Habis-habis Kisah Pasal Khairul Fahmi Che Mat..”

  1. KF nie kena pertahankan banyak perkara, di padang.. BOLADiluar padang segala FITNAH..hanya KF sahaja yang tahu perbuatannya sendiri

  2. SALAM,LF SETUJU SANGAT2 DGN PESANAN KF…. MOGA DIA BACA N3 INI.

  3. tak berapa nak tau pon ceta nih..leni baru tau..ish2..

  4. salam SR.lama tak datang jenguk saudara :)kadang-kadang tergelak dengan apa jua ulasan mereka ni. sebab pada saya, apa yang dah terjadi tetap dah terjadi.tambahan pula gambar yang keluar agak memalukan. tapi bila dia kata, mereka faham sebab itu gambar lama, saya terfikir, maknanya kalau dulu kamu buat begitu, ianya masih oke?apa-apapun, saya bukanlah orang yang layak menegur apa jua ulasan orang, cuma itulah, apa yang dah terjadi tetap dah terjadi.dan apa yang dah terjadi, maknanya memang dah terjadi. apa saya cakap ni ?? :p

  5. pesanan yg baik…moga dia cpt tersedar dr lamunan hidup di duni ini..

  6. da tau pupular tu jgn la brmain ngn ngn lanser kamera..huhu

  7. dunia…huhuhu macam2tue la bila kita rasa kita bagus dan sentiasa betul…

  8. kalau tak mau kontroversi,kena jaga tingkahlaku, tak payah la bersosial sampai macam tu..kunjung tempat2 yang boleh menimbulkan syak wasangka..kalau duk diam2,elok2 takder la timbul citer2 macam ni..sapa yang susah??

  9. salamSebab Allah sayang kat dia ler maka macam2 dugaan yang dia hadapi sekarang supaya dia tak terus leka….

  10. kalau tiada angin masakan lalang bergoyang…kecewa melihat gelagat2 atlet yang mula naik tidak menjaga disiplin…tak ke mana perjalanan anda nanti…

  11. ada jugak baca dalam akhbar tadi….tapi tak tahu hujung pangkal pun kisah diorang ni…

  12. saya tak tahu menahu pasal apex ni…hehehe

  13. Salam SR..macam-macam kes KFCM ni kan..moga ada peringatanlah dalam hidup dia pasal ni..dan peringatan buat kita semua juga..

  14. Salam…Saya tahu sal kisah diorang nie…Cerita xkan wujud kalau xde yang mulakan…"Apabila Allah mengkehendaki seseorg itu menjadi baik,DIA akan bukakan pintu keaiban…Dgn itu akan trbuka jln utk kta perbaikiSegala kelemahan dan kekurangan diri…Dtgnya dugaan itu tanda Allah masih sayang kita…"

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: