Tak Habis-habis Kisah Pasal Khairul Fahmi Che Mat..


SHIDA…tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR: Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.

Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.

Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.


sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/2011120103343020111201033430/Article

pesanan buat Khairul Fahmi:


En.Khairul Fahmi; kamu perlulah menjaga tingkahlaku dan menjauhi perkara-perkara dimurkai Allah SWT yang boleh menjejaskan nama baik/reputasi serta maruah diri dan keluarga…selalulah ingat Allah SWT kerana dengan bakat kamu tu kamu diangkat sebagai pemain bola sepak terbaik negara…jangan nanti Allah SWT tarik balik nikmat yang kamu miliki tu..pesanan ikhlas dari saya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: