Teknik-Teknik Memeluk Isteri

Memeluk isteri adalah satu elemen yang sangat penting dalam sesbuah rumahtangga. Bayangkan dalam sesebuah rumahtangga elemen peluk memeluk ini tak diamalkan, pasti hubungan suami isteri akan jadi hambar dan tawar sajakan? Pelukan suami isteri boleh juga boleh dikaitkan kepada ilmu memikat yang akan menjadi sesuatu kemestian bagi mereka yang mahukan kelangsungan percintaan berjalan mulus. Oleh itu siapa yang ada isteri tu, jangan lupa peluklah selalulah isteri anda..

Di dalam keadaan si isteri dilanda kemurungan, masalah dan lain-lainnya, sokongan suami, dan pelukan suami akan mengurangkan hampir 90 peratus masalah yang isteri hadapi.,begitulah juga apabila si suami stress mengalami beban kerja yang kuat setelah seharin berkerja di pejabat, apabila pulang ke rumah, di sambut pula senyuman yang manis si isteri dan memeluk suami, suami yang mulanya stress akan lebih tenang

Perkahwinan itu ibadah yang boleh merangsang iman dan menjadi lebih bertenaga, kalau dulu, segala ujian dan cabaran dalam perkahwinan dilalui seorang diri, namun, setelah mendirikan rumahtangga, segala permsalahan perlu ditanggung bersama, kalau dahulu rezeki yang diperolehi untuk dimakan sendiri, kini apabila sudah berdua, dan segala nafkahkan untuk keluarga tercinta pasti mendapat ganjaran daripada Allah swt.

Seorang pakar di Jerman dalam kajiannya telah menyatakan, isteri yang memeluk suami selama 10 saat, akan memajangkan umur suami 5 tahun.. tu baru 5 minit, kalau 5 jam, macam mana? takkan lah kita nak suruh isteri memeluk suami 5 minit je..pasti nak lama2 ya tak..! Harus juga diingat pelukan suami terhadap isteri boleh mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan si isteri ( kajian di Amerika Syarikat). Oleh itu, suami yang mahu isteri mengurangkan tahap kolesterol atau menurunkan berat badan boleh selalu memeluk isteri


“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghias diri” ( Datuk Dr.Fadzilah Kamsah)

TEKNIK-TEKNIK MEMELUK ISTERI

Suami memeluk dengan kasih sayang si isteri bermula dari memegang tengkuk isteri dan mengesel-geselkan dahi suami kepada dahi isteri sambil memandang mata isteri..pasti isteri akan gembira..

Suami memeluk dari belakang si isteri, memegang pinggang, mengusap2 perut isteri sambil mengucapkan “I Love You”..

Suami juga boleh cuba memeluk isteri ( dalam mod curi-curi peluk..gurau senda) dan terus mendukung si isteri dengan penuh kasih sayang..( isteri yang ringan saja..yg berat mungkin suami tak larat..),

Tapi awas..di saat si isteri tengah marah, merajuk yang teramat, janganlah guna tips ini..pastikan si isteri tu sejuk dulu, kalau tidak, pastinya cara ini akan menambahkan kemarahannya pula..apapun suami perlu bijak dan pandai memujuk isteri…

p.s: yang belum kwin tu belajar peluk bantal dulu…

4 Responses to “Teknik-Teknik Memeluk Isteri”

  1. errr..tersalah bace entry la plakk..hahaha😀

  2. opps ! terbaca laa plak ..hehe

  3. waaa….nt dh kawen kne tnjukkan tips ni kat suami…ho3

  4. hurmmm….kena suroh hasben sy baca nih…hihihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: