Suami Suka Rakam Aksi Di Ranjang


KESAL…Rina ketika ditemuramah wartawan Harian Metro.

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk menyeksa kehidupan isteri keduanya dengan mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin hampir empat tahun selepas wanita itu meminta diceraikan kerana tidak tahan dengan perangai kasanova suaminya.

Si isteri meminta cerai bukan sekadar tidak tahan kerana pantang melihat wanita ‘berdahi licin’, tetapi lelaki berusia 50-an itu juga mempunyai tabiat jijik iaitu gemar merakam gambar dan video aksi lucahnya bersama pasangan kekasih yang berlainan.

Isteri kedua itu yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, 38, berkata setiap kali rahsia terbongkar, suaminya memujuk serta bersumpah tidak mengulangi perangai buruknya, namun janjinya tidak kekal.

Menurutnya, dia hilang sabar dengan sikap ‘kaki perempuan’ suaminya sejak berkahwin hampir 10 tahun lalu dan tidak berubah walaupun kini berusia 50-an.


“Saya banyak kali terjumpa gambar dan rakaman video dia dengan pasangannya ‘beraksi’. Kalau dia pergi ke luar negara, pasti saya memeriksa kameranya kerana saya pernah lihat banyak gambar ‘melaram’ dengan wanita asing.
sumber: Harian Metro 10/12/2011

11 Responses to “Suami Suka Rakam Aksi Di Ranjang”

  1. paling tak suka laki ada sikap cenggini..huuh

  2. Na'uzubillah Himinzalik. Kenapa nak kecoh masuk akhbar. Pergi saja mahkamah syariah setelah membuat laporan kalau perlukan laporan polis cari bukti kemudian minta fasakh ….

  3. jijik perangainya. benci dengan lelaki macam ni. serius

  4. nauzubillah..semoga Allah bukakan pintu taubat untuknya

  5. dah tua pun masih 'hidup' ya.. ahakss

  6. delarocha,hehhee..hiduppppp.:))

  7. tunz,moga allah bukakan pintu hati kepada mereka yang berkenaan tu..amin

  8. belogkiter,saya pun…benci juga..

  9. Kakzakie,tu yg pelik..kenapa sampai msuk surat khbar..adakah nak cari *** murah?

  10. CintaZulaikha,tu la tu..moga Allah memberi hidayah kpd lelaki yg mcm ni.

  11. nauzubillah..mintak dijauhkan dgn lelaki yg cmni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: