[ gambar ] Cara Polis Aceh Mengatasi Masalah Mat Rock Di Sana





Sebagai usaha mengawal budaya yang tidak seiring dengan nilai-nilai Islam, Polsi Aceh menggempur satu pesta punk-rock dan memberkas seramai 65 remaja dari geng punk rock tersebut yang datang dari segenap penjuru Aceh bagi menyaksikan konsert kegemaran mereka.

Ada yang bertindik, memakai gelang anjing, berbaju compang camping, berseluar ketat, beramput trojan dan berbagi-bagai gaya lagi. Semuanya dikurung dalam sebuah lokap dan seterusnya pakaian, tindikan dan rantai anjing dibuang.

Mereka seterusnya dicukur kepala sehingga botak dan seterusnya dihumban ke dalam sungai untuk mencuci dan membersihkan diri mereka. Tengok gambar yang dilampirkan di bawah. Sumber berita

Teringin sangat nak tengok pemuda pemudi punk di negara kita diajar sedemikian. Dah ramai sangat jenis sebegini di pusat-pusat membeli belah yang menyakitkan mata melihatnya. Yang lebih menyedihkan mereka adalah anak-anak bangsa kita sendiri.

Kalau pihak polis buat sebegitu kat sini tentu ada yang akan lompat naik atas meja mempertikaikan kebebasan meluahkan gaya hidup…? silap2 hari bulan mungkin polis pun akan kena saman juga kan.?

sumber:

http://photoblog.msnbc.msn.com/_news/2011/12/14/9437977-hard-line-indonesian-police-shave-punks-mohawks-in-moral-rehab-drive?email=html

p/s…blog masih ada masalah tenikal….

18 Responses to “[ gambar ] Cara Polis Aceh Mengatasi Masalah Mat Rock Di Sana”

  1. Sangat-sangat setuju pada pendapat Sekamar Rindu.. kalau di sini diamalkan nanti ada pulak rusuhan bagai..hmmmmm. Tapi kalau tak dibuat begini, nah lihatlah apa dah jadi pada generasi kita. Kak Nida yg selaku guru ni kadang-kadang pedih mata melihat gaya anak murid bila berada di luar zon sekolah.Pernah dulu ada seorang pelajar lelaki kelas hujung bertindik di hidung, Kak Nida kata nak bawa dia ke guru disiplin.. kemudian dia boleh ugut akak "beranilah cikgu bawa.. kalau cikgu mengadu pada cikgu disiplin, siap cikgu nanti"…..Sedih melihat bangsa kita yang lebih teruk perangai dan pakaian mereka berbanding orang barat tu sendiri.

  2. kena rendam ramai2 tu..hehehe.

  3. wajar tak kalau saya bilang yang pemimpin malaysia ini lembut sangat? itulah sebab kepimpinan di malaysia ini menjadi huru-hara. maksiat sana sini namun tiada siapa yang mahu bertindak. salah siapa?oh terima kasih atas komen anda. saya follow blog ini~

  4. negara kita???….ada berani?????

  5. malaysia? cnfm xbwat mcm ni punyerrrrr

  6. betul betul, akak setuju,

  7. hukuman2 kat acheh ni aku respek btol..diorg xleh nak melawan..klo kt msia ada ketegasan mcm ni kn bagus..

  8. betul.. teringin nak tengok keadaan cam ni kat sini.. tapi.. hurmm..

  9. Salam. Sebenarnya polis Malaysia ada buat macam ni. Macam kes dahulu di Penang, polis tunggu di hentian bas. Bila jumpa geng mcm ni diorang tahan dan potong rambut. Cuma mungkin di sesetengah tempat sj…Dengan rajinnya sy dah tagged awk dalam Warm Bite Blog. Rajin2 sila la jawab soal siasat sy yep :)http://www.blog.warmbite.com/2011/12/alamak-dah-kena-tag-la/

  10. Prince,SR kena tag ke.?? hehe….nanti tengok dulu..:)

  11. kak Nida,terima kasih pada kak yg selalu komen di blog sr..

  12. wida,rendam nak sucikan segala kekotoran..:)

  13. amii afandi,tak tahu nak kata apa…..

  14. aku budak klang,kurang berani saya rasa..

  15. KaK LimAh Si SupiR,tak berani nak buat..

  16. Yatie Awang,:))) terima kasih atas komen…

  17. ShahzCudin,sememang tindakan yg seharusnya di puji

  18. Faarihin,kat sini memang sukar sikit..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: