[ sungguh sadis ] Kerani Bank Mati Ditikam 35 kali Kerana Cemburu

GOMBAK: Seorang kerani bank wanita yang ditikam 35 kali di badan sempat merangkak ke arah tingkap dan menjerit meminta tolong sebelum rebah di rumahnya di tingkat satu rumah kedai di Desa Jaya di sini, awal pagi semalam.

Jeritan mangsa, Rozana Mohd Yushak, 35, disedari orang ramai yang berada di sebuah restoran di tingkat bawah sebelum menghantar mangsa ke Hospital Selayang, namun wanita berkenaan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas diberikan rawatan kecemasan.

Siasatan awal polis menunjukkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 pagi itu bermotifkan cemburu dan mangsa yang masih bujang dan tinggal sendirian di rumah sewanya dipercayai dibunuh individu dikenali.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati dia ditikam sebanyak 15 kali di seluruh badan termasuk perut, belakang badan, siku dan paha.

Beliau berkata, pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata, namun polis tidak menolak kemungkinan mangsa ditikam menggunakan pisau.

“Malah, keadaan rumah terbabit juga berselerak, dipercayai berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek. Berdasarkan kecederaannya, polis tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan cemburu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Rosly berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Bapa mangsa, Yushak Suparman, 64, ketika ditemui di Unit Forensik HKL berkata, beliau hanya mendapat tahu mengenai kejadian yang menimpa anak sulung dari tiga beradik itu jam 6.30 pagi semalam sebaik dimaklumkan seorang anak saudaranya.

“Saya tak sangka anak saya mati dengan dibunuh kejam, malah ibunya pengsan sebaik mendengar berita itu. Kali terakhir kami sekeluarga berjumpa Rozana pada Selasa minggu lalu ketika dia pulang ke kampung.

“Pada pertemuan terakhir itu, Rozana yang sudah 10 tahun bekerja sebagai kerani bank, tidak menceritakan sebarang masalah kerja atau berkaitan teman lelaki kepada kami, sebaliknya dia meminta saya membelikannya komputer riba dan permintaan itu ditunaikan sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur.

‘Walaupun kami sekeluarga sedih dengan kejadian menimpa Rozana, kami reda dengan kematiannya dan berharap orang yang membunuhnya mendapat balasan setimpal,” katanya sambil memaklumkan jenazah Rozana akan dibawa pulang ke kampungnya di Ijok, Selangor untuk dikebumikan.

p/s: sungguh kesiannya…

48 Responses to “[ sungguh sadis ] Kerani Bank Mati Ditikam 35 kali Kerana Cemburu”

  1. Ya Allah,kalau tengah marah lepas tu kurang iman, memang macam-macam yg buruk boleh buat

  2. eee…teruknya….cian dia..

  3. YA Allah,sampai mcm tue sekali kan,kerana cemburu,minta dijauhkanlah hal2 mcm nie kan….

  4. Kalau berdasarkan berita kerana cemburu ternyata iman hilang di dada itulah jadinya…

  5. tengok berita ini dalam tv malam tadi..ingatkan kena rompak..semoga keluarga arwah tabah

  6. kerana cemburu,manusia hilang pertimbangan.nilah jd bila nafsu dan emosi beraja di hati.mga pembunuh menerima hukuman setimpal.

  7. Camne rupa tikaman cemburu tu ye? Sama tak dgn tikaman dendam? hu3.

  8. sedih betul bila baca artikel nie.. hilang mood saya..

  9. kejamnyer….menakutkan….p/s..saya belum dapat sign fren..kenapa yer…'dia' suh try semula

  10. minta minta pembunuh tu dapat ditangkap dengan cepat. orang macam ni, takut dibiarkan berkeliaran

  11. kasihan..smpai cm tu sekali

  12. manusia zmn skrg kejam gila..bukan sekadar kucing sanggup dipotong tangan.. baby kecil disiat2.. orgb esar pun diperakui seperti xde nilai.. langsung tidak berperikemanusiaan.. salah didikankah? salah persekitarankah? atau salah siapa?

  13. kesiannya……semoga rohnya dicucuri rahmat

  14. salam..kerana cemburu sampai berbunuhan..byk dah kes camni kan..

  15. huuu ngerinya..mintak jauh semua ni dengan kita semua..

  16. harap polis segera tangkap pembunuhnya…semuga rh arwah dicucuri rahmat..

  17. folo u back..5268..;)

  18. Ya Allah.. knp sampai sanggup berbunuh? sedih….semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman…semoga keluarga arwah juga tabah dgn dugaan-Nya….

  19. smpai 35 tikaman? ish2..ngeri..

  20. sgt menakutkan kot…skrg ni kes bunuh2 tikam2 dh mcm perkara biasa jer…euwwww!!~

  21. astagfirullah al azim

  22. LittleGurl,sungguh kejam..pembunuhan yg paling kejam..penutup tahun 2011

  23. Misz Emilynn,manusia hilang pertimbangan..beginilah apabila sesorang yg tidak mendapat hidayah Allah..

  24. s.y.a.r.q,memang jenis kurang iman..mcm ni.!!

  25. Honey Kumicky,sangat menakutkan..

  26. Cik Wanie Ghani,kerana cemburu..inilah padahnya..

  27. Kakzakie,sungguh menyedihkan kak.

  28. Phat,sungguh menyedihkan..moga pelaku menerima hukuman yg setimpal.

  29. aReLaN,cemburu punya pasal…

  30. Ibnuismaini Ismail,walau apa pun jenis tikaman, ianya sudah meragut seorang yg tak berdosa..

  31. Be Simple Beb(BSB),memang sungguh menyedihkan..

  32. SetiaImpian,memang sungguh kejam..

  33. belogkiter,minta-minta begitulah…

  34. miSpYeja,memang sungguh kesian..

  35. LadyBird,dunia akhir zaman mcm tulah..

  36. aku budak klang,sungguh sedih membaca berita mcm ni..

  37. mama tim,memang dah byk kes yg kejam mcm ni..

  38. Prettywrite,sungguh kejam..itulah ayat yg paling sesuai

  39. MamaEma,harap2 mcm tulah mamaema..

  40. CIK MAY,terima kasih..

  41. Lilyy,semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh allah…amin

  42. KuNanGKuNanG,sungguh kejam akak..

  43. deqla manjew,memang kejam..

  44. Misz Emilynn,memang menakutkan…sungguh sadis..

  45. pembunuhan ini sungguh kejam dan diluar batas kewarasan manusia…moga roh arwah dicucuri rahmat oleh allah swt…amin..terima kasih atas komen2 para sahabat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: