[ sungguh sadis ] Kerani Bank Mati Ditikam 35 kali Kerana Cemburu

GOMBAK: Seorang kerani bank wanita yang ditikam 35 kali di badan sempat merangkak ke arah tingkap dan menjerit meminta tolong sebelum rebah di rumahnya di tingkat satu rumah kedai di Desa Jaya di sini, awal pagi semalam.

Jeritan mangsa, Rozana Mohd Yushak, 35, disedari orang ramai yang berada di sebuah restoran di tingkat bawah sebelum menghantar mangsa ke Hospital Selayang, namun wanita berkenaan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas diberikan rawatan kecemasan.

Siasatan awal polis menunjukkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 pagi itu bermotifkan cemburu dan mangsa yang masih bujang dan tinggal sendirian di rumah sewanya dipercayai dibunuh individu dikenali.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati dia ditikam sebanyak 15 kali di seluruh badan termasuk perut, belakang badan, siku dan paha.

Beliau berkata, pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata, namun polis tidak menolak kemungkinan mangsa ditikam menggunakan pisau.

“Malah, keadaan rumah terbabit juga berselerak, dipercayai berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek. Berdasarkan kecederaannya, polis tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan cemburu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Rosly berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Bapa mangsa, Yushak Suparman, 64, ketika ditemui di Unit Forensik HKL berkata, beliau hanya mendapat tahu mengenai kejadian yang menimpa anak sulung dari tiga beradik itu jam 6.30 pagi semalam sebaik dimaklumkan seorang anak saudaranya.

“Saya tak sangka anak saya mati dengan dibunuh kejam, malah ibunya pengsan sebaik mendengar berita itu. Kali terakhir kami sekeluarga berjumpa Rozana pada Selasa minggu lalu ketika dia pulang ke kampung.

“Pada pertemuan terakhir itu, Rozana yang sudah 10 tahun bekerja sebagai kerani bank, tidak menceritakan sebarang masalah kerja atau berkaitan teman lelaki kepada kami, sebaliknya dia meminta saya membelikannya komputer riba dan permintaan itu ditunaikan sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur.

‘Walaupun kami sekeluarga sedih dengan kejadian menimpa Rozana, kami reda dengan kematiannya dan berharap orang yang membunuhnya mendapat balasan setimpal,” katanya sambil memaklumkan jenazah Rozana akan dibawa pulang ke kampungnya di Ijok, Selangor untuk dikebumikan.

p/s: sungguh kesiannya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: