AC Mizal dan Eizlan kini bergelar datuk

AC MIZAL (kiri) dan isteri, Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid bersama Eizlan dan isteri, Datin Viashantie Harun melihat pingat DIMP yang diterima selepas Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-81 Sultan Pahang di Pekan semalam.

PEKAN – Selebriti tanah air, AC Mizal kini sah bergelar datuk apabila menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada majlis pengurniaan darjah kebesaran dan pingat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini yang merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara berkata, dia bersyukur kerana menerima gelaran itu setelah setahun berteka-teki dan timbul pelbagai kontroversi mengenainya sebelum ini.

“Saya berharap dengan gelaran ini, segala-galanya akan terjawab dan tiada lagi persoalan mengenainya selepas ini,” katanya selepas majlis tersebut yang diadakan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di sini.

Majlis disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

AC Mizal yang merupakan Pengerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn. Bhd. memberitahu, penganugerahan tersebut dianggap satu penghargaan kepada anak seni dan ia merupakan hadiah terbesar buat dirinya sempena hari lahirnya yang ke-40 kelmarin.

Turut menerima pingat yang sama ialah pelakon Eizlan Yusof atau nama sebenar, Idris Md. Yusof yang juga Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn. Bhd. dan penyanyi serta perunding motivasi, Ahmad Fadzli Yaakob selaku Pengarah Suajaya Mahir (M) Sdn. Bhd.

p/s:…..untuk org biasa mcm saya ni..tunggu dapat cucu dulu la..baru dapat “Datuk”

22 Responses to “AC Mizal dan Eizlan kini bergelar datuk”

  1. sk…maafla,rasanya ada dato atau tidak kita nanti jumpa munkar & nangkir yg sama. bezanya bole atau tidak jwb soalan kubur tu esok…

  2. artis senang je nk dpt dato kn hehehehe

  3. title datuk dari cucu adalah anugerah tuhan…

  4. skrg ni artis pun leh dapat datuk kan

  5. hehe selamat bercucu. :p tahniah buat ac + eizlan

  6. wah! tetibe Eizlan dpt datuk ni??AC tu mmg dh sedia maklum la, hurm..tahniah le….

  7. tahniah utk dato'2 dan datin2 baru..

  8. kemain suka isteri masing2 kan…free2 dpt gelaran datin…hihihi..

  9. assalamualaikum SR…tahniah buat mereka yer…bila la turn kita kan tunggu dpt cucu la mcm ni baru dpt gelaran tu…hehehehehe…:)

  10. Sekamar Rindu..Honey x payah tggu jd nenek..da ada cucu..lau x caya cba tgk kat entry blog honey..tajuk entry…"AKU YG BERNAMA BABY"…

  11. Honey Kumicky,wahhh..:))))))

  12. nahmy,kalau mati mungkar dan nangkir tak sebut segala pangkat2 tu…

  13. UyaRayza,mungkin juga..

  14. Sharifah Nadzarah,betul..

  15. najwa's,tahniah juga dari sr..

  16. Hanis Azla,tahniah buat dato AC dan dato eizlan

  17. deqla manjew,nak buat mcm mana..dah ditakdirkan.:)

  18. walaikummusalam..mama maszull,tak pernah dok mimpi tang gelaran tu mama.

  19. Still waiting for pak nil or aznil nawawi, kenapa dia belum dapat gelaran dato g yaa padahal he's the best too!

  20. Lvhny,saya tak dapat menjawb soalan tu…:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: