sepasang kekasih sanggup ceroboh rumah orang untuk berkhalwat dan ditangkap dalam keadaan telanjang bulat

CEKUP…pasangan kekasih ditahan selepas dipercayai berkhalwat dalam sebuah bilik di rumah orang.

ALOR GAJAH: Seorang wanita yang juga isteri orang ditemui dalam keadaan mengaibkan apabila berpelukan dalam telanjang bulat dengan teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah Kampung Baru Lendu, Alor Gajah, pagi kelmarin.

Lebih memalukan apabila kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan, Sutini Hamzah, 61, bersama anak lelakinya, Ainol Adnan, 38, yang datang ke rumah itu selepas dimaklumkan jiran mengenai tindakan sepasang kekasih tidak dikenali menginap di rumah mereka tanpa kebenaran.

Ainol ketika ditemui berkata, sebaik dia dan ibunya tiba di rumah itu, mereka mendapati pintu pagar depan, tingkap dan pintu utama rumah terbuka luas seperti sudah lama ditinggalkan.

Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh.

“Bagaimanapun, apabila saya dan ibu masuk ke bilik terakhir, kami terkejut apabila terserempak sepasang kekasih bertelanjang bulat dalam keadaan berpelukan nyenyak tidur seperti orang kepenatan.

“Gelagat mereka sedang berpelukan intim di atas katil amat mengaibkan, malah mereka tidak sedar kehadiran kami,” katanya

p/s…bila dah tak ingat dosa pahala mcm nilah……isteri orang pulak tu..di mana letaknya maruah seorang isteri.?

14 Responses to “sepasang kekasih sanggup ceroboh rumah orang untuk berkhalwat dan ditangkap dalam keadaan telanjang bulat”

  1. apalah nak jadi dgn budak2 skrgJom Singgah Baca : Gigi Dah Tak Cantik | Faiz

  2. Bile Nafsu Menguasai Diri..,Macam2 Boleh Berlaku..,

  3. haihhh..betul2 manusia akhir zaman…

  4. salam..ish3..dahsyat2..ni cik Am nk mintk tlg SR..support me ok,hahaha…http://amniey91.blogspot.com/2011/12/jom-support-cik-am.html

  5. harap org mcm ni cepat2 la bertaubat. ciannya. cetek sgt akal walaupun dah dewasa

  6. tak da maruah dan hilang iman

  7. pening kepala jadinya..macam-macam dah jadi..maksiat berleluasa..ya Allah jauhkanlah kami dari bencana..

  8. pergh!~mintak simpang.

  9. alamak baru je balik dari sana….macam2 dunia sekarang

  10. Ya Allah. hindarilah kami semua dari maksiat dan kemurkaanMu..😦

  11. entah apa lagi dunia kini…huhu

  12. isk2..apa nak jdi zamanskrg ni kan:(

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: