Guru lesbian dipenjara 15 bulan

LONDON – Seorang hakim sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan terhadap seorang guru wanita yang berumur 26 tahun, Helen Goddard (gambar) kerana menjalin hubungan seks dengan pelajar perempuan di bawah umur, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, dia dibenarkan oleh hakim itu untuk menemui pelajar wanita tersebut selepas dibebaskan dari penjara.

Goddard membuat tumbukan ke udara sebagai isyarat kemenangan kerana hubungannya dengan mangsa dapat diteruskan berikutan keputusan hakim itu.
Hakim Anthony Pitts yang menjatuhkan hukuman itu berkata: “Kes ini amat serius dan satu hukuman penjara yang segera tidak dapat dielakkan.”

Pitts menolak permintaan daripada pendakwa raya yang meminta guru itu dilarang daripada menghubungi mangsa selama lima tahun.Guru itu turut dilarang untuk mengajar kanak-kanak.

Hubungan intim antara mereka sebelum ini hangat diperkatakan di sekolah di kalangan pelajar.Ibu mangsa kemudian membuat perangkap dengan mengekori anaknya yang didapati pergi ke rumah guru itu untuk bermalam.

Polis kemudian dihubungi oleh ibu mangsa menyebabkan pelajar perempuan itu membuat pengakuan dengan menyatakan dia mencintai gurunya.

Semasa kes itu didengar pada bulan lalu, Goddard mengaku melakukan hubungan seks dengan pelajar tersebut. – Agensi

4 Responses to “Guru lesbian dipenjara 15 bulan”

  1. Mat saleh Xpe..,Die xde Agame..,

  2. budaya tak sihat ini janganlah menular ke negara Malaysia hendaknya…

  3. erghh ada jugak manusia macam nie ..

  4. assalamualaikum SR….di dunia ini dah makin bertambah2 maksiat yg x sepatutnyakn…manusia dah semakin menuju kejalan maksiat yg mana ianya akan membawa kepada kemusnahan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: