Archive for January, 2012

Bumi berdepan ribut solar terkuat

Posted in Uncategorized with tags on January 25, 2012 by sekamarrindu2009

 

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.

Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.

Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian. Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.

Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. – Agensi

Advertisements

Pak cik 53 tahun meninggal ketika berhubungan seks dengan kekasih gelap (teman rapat isterinya) kerana overdose ubat kuat

Posted in Uncategorized with tags on January 3, 2012 by sekamarrindu2009

Berhubungan seks dengan melakukan curang diketahui lebih berisiko  serangan jantung, apalagi ditambah overdose ubat kuat. Seperti yang dialami seorang lelaki di Malawi, yang akhirnya meninggal dalam perjalanan ke hospital.

Lelaki yang berusia 50-an tahun yang tidak disebutkan namanya ini dikejarkan ke sebuah hospital di Blantyre kerana mengalami serangan jantung, minggu lalu. Ia datang ke hospital dalam keadaan tidak sedar, lalu meninggal tak lama setelah sampai di hospital.

Seorang petugas membenarkan bahawa lelaki ini mengalami kolaps saat sedang berhubungan seks. Namun yang lebih memalukan, ia melakukannya tidak dengan pasangan rasmi melainkan dengan curang yang tidak lain adalah teman akrab isterinya sendiri.

Dari tangan sang selingkuhan, polis menyita beberapa biji ubat kuat yang digunakan untuk meningkatkan stamina saat berhubungan seks. Diyakini, obat kuat tersebut merupakan salah satu pemicu serangan jantung yang menewaskan laki-laki tersebut.

Khabarnya, laki-laki tersebut sudah 13 tahun menjalin hubungan sulit dan memiliki riwayat hipertensi atau tekanan darah tinggi. Sebelum mengalami serangan jantung, ia juga sudah merasakan gejala tidak sihat badan sehingga sempat menghentikan aktiviti berhubungan seks.

“Pada titik tersebut, ia berhenti untuk mandi dan menenangkan diri. Setelah mandi ia melanjutkan hubungan seks dan tiba-tiba saja pitam” kata seorang sumber yang juga tidak disebutkan namanya, seperti dikutip dari Bnltimes, Minggu (1/1/2012).

Sebagaimana diketahui, hubungan seks dalam keadaan tertentu sebenarnya malah bermanfaat untuk menjaga kesihatan jantung dan pembuluh darah. Hubungan seks bisa menurunkan tekanan darah rata-rata, meskipun saat orgasme terjadi peningkatan tekanan darah untuk sesaat.

Namun ketika dilakukan dengan pasangan tidak rasmi, hubungan seks tidak lagi memberikan manfaat tetapi justru membahayakan kerana boleh  meningkatkan risiko serangan jantung. Banyak faktor yang mempengaruhinya, salah satunya karena faktor stres yang melatarbelakangi perselingkuhan itu sendiri.

Benarkah Nur Amelina Che Bakri Pelajar 17A1 Jadi Begini?

Posted in Benarkah Nur Amelina Che Bakri Pelajar 17A1 Jadi Begini? on January 3, 2012 by sekamarrindu2009

DI SUATU TIKA DAHULU…..

KINI…..

Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan.

Beliau mencipta nama yang paling hebat

Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan.

Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program realiti televisyen seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi lepada beliau. Beliau sentiasa melayari intenet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari pelajar luar negara untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat.

Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bharu (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6). Beliau pernah menyertai 50 pertandingan seperti sayembara puisi dan lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah, bersajak dan pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 serta Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad. Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.

Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya. Beliau akan melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 dalam bidang perubatan yang amat beliau minati. Pengajian beliau akan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Beliau pernah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempelajari bahasa Itali serta menjadi duta kecil Malaysia di sana. Beliau juga terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Duta Akademik Berita Harian. [ keratan akhbar memaparkan kejayaan beliau]

[ gambar ] Kisah Pelajar Sekolah Bersampan Ke Sekolah Yang Sungguh Menginsafkan Kita

Posted in [ gambar ] Kisah Pelajar Sekolah Bersampan Ke Sekolah Yang Sungguh Menginsafkan Kita on January 3, 2012 by sekamarrindu2009

Di tempat orang…kanak-kanak yang bersekolah sangat cekal untuk menimba ilmu..terpaksa bergadai nyawa..malah saban tahun memang ada kes-kes murid yang mati lemas atau mati dibaham oleh buaya apabila sampan yang dinaiki terbalik semasa pergi atau pulang daripada sekolah..kenyataannya berada di tempat orang..sungguh memeritkan. saya sebagai seorang gurupun begitu terasa peritnya, dapat membayangkan betapa sukarnya murid-murid tersebut mengharungi kepayahan untuk menuntut ilmu.

apa yang ada lihat dalam gambar di atas adalah realiti kanak-kanak di Kampung Kajengjeng di dalam daerah Makassar, Indonesia yang terpaksa bersampan untuk menuntut ilmu, si ayah tidak sempat menghantar anak-anak ke sekolah kerana sejak awal pagi-pagi lagi terpaksa keluar mencari nafkah untuk menyara keluarga..jadi pandai-pandai murid tersebutlah bersampan ke sekolah..

Esok dah mula sekolah…..sangat rindu pada anak-anak murid saya…..:)

Ash, Dira runding hak penjagaan anak

Posted in Ash, Dira runding hak penjagaan anak on January 3, 2012 by sekamarrindu2009

KUALA LUMPUR – Hos program sensasi Melodi, Dira Abu Zahar, 28, mengakui dia kini dalam proses perbicaraan di mahkamah untuk menuntut hak penjagaan terhadap anaknya, Tengku Anggun Deandra Tengku Shafiz-Rullah, 4, yang masih dijaganya hingga kini.

Dira yang merupakan bekas isteri kepada penyanyi kumpulan popular Gabba Gabba, Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah As Syafiee Tengku Mohd. Shahidd, 28, bercerai pada tahun 2007.

Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar yang berkahwin dengan pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof pada 11 November tahun lepas, memberitahu, segala urusan masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

“Seelok-eloknya biar mahkamah yang putuskan, saya tidak berhak memberikan sebarang komen mengenai isu ini,” ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.

Selepas Dira dan Ash bercerai, tiada sebarang perjanjian dibuat mengenai hak penjagaan anak sebaliknya Dira mengambil alih menjaga anaknya atas dasar tanggungjawab sebagai seorang ibu.

“Sepanjang saya menjadi ibu tunggal, saya yang menjaga anak saya dan suami saya sekarang pun tidak kisah,” katanya yang enggan mendedahkan kisah peribadinya.

Bagaimanapun, menurut beliau, sekiranya mahkamah memutuskan hak penjagaan anaknya jatuh ke tangan bekas suami yang melangsungkan pernikahan bersama pelakon Sherie Merlis kelmarin, dia tidak terkilan.

[ kejam ] Anak Didera Dan Dikurung Selama 10 Jam Kerana Bermain Dompet Bapa

Posted in [ kejam ] Anak Didera Dan Dikurung Selama 10 Jam Kerana Bermain Dompet Bapa on January 3, 2012 by sekamarrindu2009


LEBAM…kesan dera di belakang badan mangsa.

GEORGETOWN: Hanya kerana bermain dompet bapanya, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun diperlakukan dengan kejam apabila dipukul dan dikurung bapanya di sebuah rumah di Jalan Perak, Jelutong, di sini, awal pagi semalam.

Kanak-kanak malang itu ditinggalkan bersendirian dalam rumah itu hampir 10 jam.

Kejadian itu hanya terbongkar apabila tangisan kanak-kanak itu didengari jiran yang kemudiannya menghubungi polis dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jiran berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia mendengar tangisan kanak-kanak terbabit yang sesekali turut merayu meminta tolong sejak jam 3 petang hingga 1 pagi, semalam.

“Mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku, saya dan beberapa lagi jiran menghubungi polis kerana tangisan kanak-kanak itu tidak berhenti walaupun sudah menjangkau ke awal pagi,” katanya.

[ gambar ] Cara Buat Teddy Bear Daripada Sarung Kaki..

Posted in [ gambar ] Cara Buat Teddy Bear Daripada Sarung Kaki.. on January 3, 2012 by sekamarrindu2009

mudah je kan..????..duit pun jimat..