Archive for the 000 penduduk Jepun dikhuatiri terkorban Category

>Loji nuklear meletup di Jepun, 80,000 penduduk Jepun dikhuatiri terkorban

Posted in 000 penduduk Jepun dikhuatiri terkorban, 80, Loji nuklear meletup di Jepun on March 13, 2011 by sekamarrindu2009

>


musnah..

TOKYO – Ketika pihak berkuasa Jepun melaporkan lebih 80,000 orang dikhuatiri terkorban akibat gempa bumi dan tsunami terburuk dalam tempoh 140 tahun kelmarin, penduduk negara matahari terbit itu kini berdepan pula dengan kebocoran radioaktif yang boleh membawa maut.

Kebimbangan tersebut tercetus apabila sebuah akhbar di sini melaporkan bangunan Stesen Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi 1 milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) meletup semalam.

Keadaan mencemaskan itu memaksa kerajaan Jepun memindahkan 45,000 penduduk ke tempat lain yang lebih selamat.