Archive for the 365 hari yang lampau: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 BUAT SEMUA SAHABAT SAYA Category

365 hari yang lampau: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 BUAT SEMUA SAHABAT SAYA

Posted in 365 hari yang lampau: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 BUAT SEMUA SAHABAT SAYA on December 31, 2011 by sekamarrindu2009

Masa terus berdetik, berlalu tanpa menunggu sesiapa. Begitu pantas tahun 2011 melewati kita. Kedatangan tahun baru 2012 kita sambut dengan penuh kesyukuran ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dipinjamkan sedetik lebih umur. Tahun 2011 pula kita lepaskan pergi dengan seribu pengajaran. Setiap peristiwa – manis dan indah, masam dan pahit – yang dilalui biarlah menjadi peringatan dan amaran. Bahawa, sebagai hambaNYA kita sentiasa diuji olehNYA untuk menentukan tahap keimanan kita semua terhadapNYA. Di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU BUAT SAHABAT-SAHABAT SAYA,tidak kira walau di mana sekalipun berada. Semoga di Tahun 2012, nanti kita semua akan beroleh kejayaan, kecemrlangan dalam apa juga bidang yg kita semua ceburi..InsyaAllah.

Advertisements