Archive for the aidiladaha Category

Selamat Hari Raya Aidiladha Buat Semua Sahabat-Sahabat Saya…..

Posted in aidiladaha on November 16, 2010 by sekamarrindu2009

Saya, Sekamar Rindu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha atau Hari Raya Qurban kepada semua sahabat-sahabat saya..tidak kiralah sama ada yang menjadi follower blog ini atau pun tidak dan semua seluruh rakyat Malaysia amnya…

Kepada mereka yang menunaikan Haji di Makkatul Mukarramah, semoga beroleh haji yang mabrur dan kepada yang melaksanakan ibadah qurban, semoga beroleh pahala yang setimpal dengan ibadah tersebut..

Bercakap mengenai pengorbanan, Aidiladha atau hari raya qurban mengajarkan kita tentang sebuah keyakinan dan pengorbanan. Bermula dari kiash Nabi Ibrahim a.s, yang mendapat perintah dari Allah SWT agar menyembelih putera tercintanya Ismail a.s. Ketulusan Ibrahim untuk menyembelih putera tercintanya, merupakan bentuk pengorbanan yg sangat mendalam. Pengorbanan demi suatu keyakinan yg kuat akan nilainya, pasti mendapat pertolongan Allah SWT, meskipun harus berdepan kehilangan sesuatu yang paling dicintai.

Semoga Aidiladha kita pada kali ini menjadi semangat pengorbanan yang hakiki. Suatu semangat yang melandasi hidup dan kehidupan kita menuju redha Ilahi, sekaligus menyinari kalbu dan nurani kita untuk melihat realiti kebesaran Khaliq dan realiti kehidupan di sekitar kita. Kegelapan yang menjadi kabut tebal menutupi kebenaran Ilahi di sekitar kita perlu disingkap dengar sinar mentari pagi (dhuha) yang kita rayakan ini…

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua….ilhlas dari saya, Sekamar Rindu..

Advertisements