Archive for the al fatihah… Category

Empat terkorban pagi Aidiladha

Posted in al fatihah... on November 18, 2010 by sekamarrindu2009

KEADAAN kreta Proton Iswara dinaiki enam beranak yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 377.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Slim River semalam.

Terlantar…fatiha yang melecur dirawat di wad kebakaran Hospital Raja Permaisuri Bainun ( HRPB)


SLIM RIVER – Hasrat enam sekeluarga menyambut Hari Raya Aidiladha bersama sanak saudara di kampung tidak kesampaian apabila empat daripada mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 377.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Slim River di sini semalam.

Mereka yang terbunuh dalam kemalangan pada pukul 2 pagi itu ialah Shaiful Fadzilah Shahar, 36, isterinya Siti Suzana Mohd. Nor, 33, dan dua anak kembar mereka, Fitri dan Fikri yang berusia enam tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Deputi Supritendan Anuar Osman berkata, dua lagi anak pasangan itu, Fatihah, 4, melecur tangan kirinya akibat terkena besi kereta panas.

Dia kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Anak sulung pasangan itu, Firdaus, 8, pula hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Slim River (HSR).