Archive for the alcatraz… Category

Terjumpa CD "Escape From Alcatraz…….."

Posted in alcatraz... on June 11, 2010 by sekamarrindu2009

banduan yg melarikan diri di Alcatraz

cd kisah benar
gambaran penjara
antara cd2 saya…
pening nak pilih…
mcm-mcm cerita ada.

semalam…dalam mencari-cari barang di dalam bilik study mata terpandang satu kotak yang besar, di dalamnya terkumpul cd-cd lama aku..takde la banyak mana pun, adalah lebih kurang 2000 keping cd, sebut apa ceritanya semua ada..kena ambik masa dua hari nak pilih cerita kalau nak tengok..hehe..

dalam dok belek cd2 ..mata terpandang satu cete ni..memang aku suka sangat cete ni…Tajuknya: “Escape From Alcatraz” lakonan Clint Eastwood yang memegang watak sebagai Frank Morris dan Patrick Mc Goohan yang memegang watak sebagai Pengarah Penjara di Alcatraz yang bongkak dan sombong. Cerita ini adalah mengisahkan kisah benar yang diarahkan oleh Don Siegal. Filem ini sangat-sangat memberi kesan pada saya betapa kepintaran dan penggunaan peluang yang ada bagi membolehkan 3 banduan telah meloloskan diri dalam penjara Alcatraz ( penjara di sebuah pulau di Barat California) yang dikatakan Penjara yang paling ketat kawalannya di dunia, namun akhirnya keegoaan Pengarah Penjara lakonan Patrick Mc Goohan tersungkur juga..

Kisah ini berdasarkan kisah benar, seorang banduan yang bernama Clarence Carnes telah melarikan diri di penjara ini dalam tahun 1962. Dalam logik akal, untuk melepasi kawalan penjara ini adalah mustahil, bukan saja kawalan nya yang rapi namun lokasi yang terletaknya penjara ini sangat menyukarkan sesiapa yang berjaya melepaskan diri, kecuali mati saja..

Clarence yang berjaya membuat patung wajahnya berjaya memperdayakan semua warden penjara yang menyangka beliau tidur dan mengorek lubang selnya serta menampalnya kembali, seolah-olah tidak ada apa2 yang berlaku, Kisah benar ini berlaku pada 11hb Jun 1962. Seramai 3 orang kesemuanya iaitu Frod Morris, Clarence dan Anglin.

Hingga ke hari ini pihak berkuasa US maish belum berjaya menangkap mereka bertiga..

Kesimpulannya: ceritahnya sangat best….
p/s:…apa khabar?

Advertisements